BAB 17

Romance Series 4643

"Waattt.. Serius la?! Omg!" Auni memeluk bantal panjang di dalam bilik tidur mereka. Malam itu, Hazim dan Auni bergossip. Malam pertama? Auni melarang Hazim menyentuh dirinya sehinggalah Auni betul betul bersedia. Mungkin dalam 3 hingga 4 tahun lagi.


"Yup! Hakim lah yang reject budak gemuk dan hodoh tu" jelas Hazim. Terkejut juga dia apabila petang tu Hakim memberitahunya tentang perkara yang Hakim dah lupa untuk beberapa tahun.


"Hey.. Cakap baik sikit.. Tunang aku tu!" Auni membaling bantal panjang ke arah Hazim. "Well, actually I'm there too. Aku berdiri betul betul belakang Syikin time dia confess. Aku jadi bodyguard dia kotkot la tiba tiba dia pengsan ke aku boleh la sambut. Tapi aku pun takut gak dulu. Aku dahla keding kang dia tumbang penyek aku" Auni dan Hazim larut dalam gelak tawa.


"Please don't tell her.. Hakim kata buat masa ni dia nak diam dulu" pesan Hazim sambil memeluk bantal panjang yang dibaling oleh Auni.


"She already knew it since Hakim be her boss" kata Auni. Mereka berdua diam tiba tiba ketawa.


"Tak payah lah bagitau. Biar Hakim meroyan si Syikin tak tahu yang dia lah reject Syikin dan biarlah Syikin dalam dilema betul ke Hakim tu yg reject dia" Auni sambung ketawa sambil menekan perutnya.


"Ok sekarang ni, kita nak honeymoon dekat mana. Mummy dengan daddy dah tanya" Hazim menukar topik perbualan.


"Genting Highlands jom.. Pekena casino lu" gurau Auni sambil ketawa. Hazim juga hanyut dalam gelak ketawa. 'Apa gilo bini den ni pi honeymoon main casino'


"Betul betul la.. Yang boleh jadi memorial kita" setelah habis ketawa, Hazim kembali serius.


"Um.. White Island, New Zealand?" Auni menahan gelak.


"Gunung berapi aktif berkabus putih? Itu awak pergi sorang sorang. Saya taknak ikut"


"Boiling Lake, Dominica?" Auni menghadap telefon bimbitnya mencari tempat menarik.


"Itu awak nak jadikan kita daging rebus. Jangan kata nak berenang, duduk sebelah pun pikir 100 kali"


"Banyak juga eh tempat yang kau tahu tanpa tengok telefon or majalah" Auni bukannya nak sangat pun pergi honeymoon. Setakat nak gurau gurau kasi 'idea' tempat paling bahaya dalam dunia.


"Ok paling senang Jepun.. Banyak jugak tempat best dekat sana" Hazim memberi pendapatnya.


"Selagi tak rosakkan mood aku, okay" Bagi Auni, dia pergi hanya mahu berseronok bukan bercintan cintun, romantik, acah gula leleh, suwit suwit bagai.


"Nanti lah fikir. Kau ni pun.. Tak sabar sabar.. Lambat lagi" Auni baring menarik selimut. "Well, kita kena lah rancang awal awal.. Baru la tak kelam kabut nanti." terang Hazim tenang.


"Kau fikir lah aku ikut je.. Nanti bagitau aku.. Aku nak tidur. Bye, selamat malam. Assalamualaikum" Auni baring membelakangi Hazim dan menutup matanya.


Auni membuka matanya. Dia bangun dan meregangkan ototnya. Baru pukul 7 pagi..


Auni memusingkan badannya memandang Hazim yang tidur telengkup dengan kepala menghadap ke arah tempat tidur Auni. Comel je. Eh?


Dipaksa diri untuk bangun dan mandi. Kang mak mertua kata apa pulak bangun lambat lambat. Kalau tak, mesti dia sekarang ni tengah sedap mimpi prince charming selamatkan dia dari dimakan naga berapi.


Selesai mandi, Auni mengelap rambutnya menggunakan tuala bersih di hadapan cermin. Memang agak sukar untuk dia terima kenyataan yav dia kena tidur di sebelah lelaki yang dia langsung tak suka.


"Morning, sayang.. Dah mandi?" tanya Hazim dengan suara menggoda di pagi hari sambil meraup wajahnya. Dengan mata disepetkan lama dia menenung Auni.


Hati Auni terasa lain setelah mendengar suara lembut dan menggoda milik Hazim. Ditambah pula wajah polosnya sekali pakej rambut serabai. Tak sangka pula Auni, suaminya boleh jadi sekacak tu.


"Pergi mandi cepat! Jangan duk sambung tidur" arah Auni tegas. Kalau dibiarkan, hati dia yang parah. Silap haribulan Auni yang terkam Hazim dulu.


Hazim senyum nipis dan bangun menuju ke bilik air. Dia mencapai tuala sambil menguap. Semalaman dia tak dapat tidur sebab takut terpeluk Auni. Kang mental lagi si harimau garang Auni tu.


Auni turun ke dapur dan melihat pembantu rumah iaitu Mak Imah yang dalam lingkungan 40an sedang bertungkus lumus berperang di dapur.


"Mak Imah buat apa tu?" bisik Auni. Hampir gugur jantung Mak Imah melihat Auni tercegat di sebelahnya.


"Ish cik puan ni. Sakit jantung Mak Imah dibuatknya" Mak Imah tersenyum memandang Auni yang sedang menghidu nasi goreng masakannya.


"Tak payah panggil cik puan lah.. Awkward pulak Saf dibuatnya.. Panggil je Saf takpun Auni" Auni nekad ingin berubah. Dia taknak jadi isteri dan seorang hamba yang derhaka. Dia nak berubah menjadi lebih baik dan tidak sombong.


Ini semua kerana dia terdegar Ustaz Azhar Idrus menyampaikan ceramah tentang sikap buruk manusia dan azab azabnya. Dalam usahanya ada juga kadang kala dia tersombong dan angkuh juga. Mungkin sebab dia dah terbiasa dengan sikapnya.


"Tapi.. Dalam rumah ni, semua ada gelaran.. Macam cik puan, tuan Hazim, tuan Hakim, Ungku, Dato.. Mak Imah tak berani ingkar" jelas Mak Imah.


"Macam ni lah.. Bila kita berdua, Mak Imah panggil Saf je.. Depan yang lain Mak Imah panggil jela cik puan kalau Mak Imah tak berani" nak buat lebih lebih pun tak boleh jugak. Auni hanyalah orang luar.


"Mak Imah.. Boleh tolong Saf tak?" Auni memanggil Mak Imah dengan nada membodeknya.


"Ajar Saf masak boleh? Jujur Saf kata... Saf.. erk.." Apa yang nak dikatakan tak mampu disuarakan akibat terlalu malu.


"Tolong ajar masak?" Mak Imah senyum dan mengangkat kening. Auni tersengeh dan mengangguk laju.


"Tapi.. Jangan bagitahu sesiapa tau yang Saf tak pandai masak.. Malu la.. Dah jadi isteri tapi tak pandai masak lagi.."


"Tapi kan.. Mak Imah bangga lah dengan Saf.. Kadang kadang ada isteri yang dah berminggu minggu jadi isteri baru kantoi tak pandai masak.. Saf ni baru jadi isteri dah mula nak belajar masak sehari selepas jadi isteri. Mak Imah tabik spring lah.. Baguslah.. Saf tak bodoh sombong" Mak Imah tersenyum manis dan mencedok nasi goreng ke dalam mangkuk besar.


"Jadi.. Mak Imah setuju nak ajar Saf masak lah ni?" Auni tersenyum teruja apabila Mak Imah anggukkan kepalanya.

{ Ungku Fathia POV }


"Apa lah si Auni buat pagi ni. Selalunya kalau dah ada bibik yang masak, menantu nak buat apa?" tanya Ungku Fathia kepada suaminya, Dato Raiq yang sedang membetulkan tali lehernya.


"Buat apa tanya saya. Tanya diri awak. Awak tu pun pernah jadi menantu kan?" Dato Raiq ketawa.


"Ish.. Sebab tu lah hari pertama jadi isteri pun dah kena marah sebab tak buat apa apa.. Nasib hari mak awak senang lembut" Ungku Fathia bangun dan membaiki tali leher suaminya.


"Saya yakin Auni boleh jadi menantu yang baik dan isteri yang baik untuk Hazim walaupun nampak dia punya kalut dan blur dia" Dato Raiq dan Ungku Fathia ketawa mengimbas memori Auni ditinggalkan dipelamin seorang diri. Wajah dah berubah lepastu mula kalut cari suami hilang entah ke mana.

"Saya nak siapkan sikit lagi ni kerja.. Awak turunlah dulu tengok Auni dah bangun ke belum" arah Dato Raiq duduk di meja komputernya.


Ungku Fathia turun dan pelik melihat anak sulungnya skodeng sesuatu. Dengan laju dia menuju ke arah anaknya.


Hazim membuat isyarat senyap dan mendengar perbualan Auni dan Mak Imah.


Ungku Fathia tersenyum apabila terdengar Auni meminta tolong Mak Imah ajar dia masak. Teringat zaman Ungku Fathia ketika tak pandai masak akhirnya hampir bakar dapur rumah mertuanya.


Pada mulanya dia rasa Auni seorang yang sombong dan angkuh tetapi akhirnya 'rasa'nya telah berubah. Dia rasa Auni seorang yang tidak mudah mengalah dan ingin mencuba.


Ungku Fathia turun dan menyapa Auni dan Mak Imah di dapur seolah olah baru turun dari bilik diikuti Hazim berbaju T dan berseluar pendek paras lutut.


Selesai makan, Ungku Fathia, Auni, Hazim dan Hakim keluar berjalan jalan di pusat beli belah manakala Dato Raiq ke pejabatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience