BAB 2

Romance Series 4643

Jam loceng yang tidak berdosa dibalik ke dinding bilik. Auni menarik semula selimutnya melepasi kepala. Sakit hatinya dikejut awal pagi. Tengah sedap mimpi berkahwin dengan Sharukhan kot..


"Auni Safiyea!"


Sekali panggilan dari papanya, Auni terduduk di atas katil. Auni dapat bayangkan wajah seram papanya ketika sedang marah.


"Ye! Auni dah bangun!" jerit Auni dari dalam bilik. Moga moga papanya dengar sahutannya.

Auni cepat cepat mandi dan bersiap lalu turun ke ruang tamu. Kelihatan Datin Suzzie sedang duduk di sebelah Dato' Safreezal.


"Kenapa kejut Auni pagi pagi ni?" Auni melabuhkan punggungnya di hadapan Datin Suzzie dan Dato' Safreezal.


"Pagi? Auni Safiyea.. Sekarang dah tengah hari sayang.." Datin Suzzie senyum sinis melihat anaknya tersengeh sambil menggaru kepala yang tidak gatal itu.


"Mummy dengan papa akan ke Amerika sekejap lagi. 2 minggu lagi balik lah. Jadi nanti pastikan semua tingkap dan pintu dikunci. Pinggan mangkuk lepas makan cuci. Mak Wadah balik kampung jadi Auni kena buat semua benda sendiri" terang Datin Suzzie memeluk lengan suaminya.


"What?! Mak Wadah balik kampung?! Nanti waktu kita tak ada siapa nak bersihkan rumah ni? Along? Takkan makan minum Auni kena buat sendiri?" Auni membuat wajah sedih.


"Uncle Ling kan ada untuk jaga rumah.. Makan minum tu beli jela kalau tak mampu sangat nak masak" perli Dato' Safreezal. Mereka dah hadam perangai Auni yang tak pernah masuk dapur pegang kuali. Katanya nanti kuku patah dan kotor.


Auni mengangguk perlahan. Selesai menjamu selera bersama Datin Suzzie dan Dato Safreezal, Auni duduk di buaian di hadapan rumah sambil melambai ke arah kereta yang papanya yang meninggalkan perkarangan rumah mewah itu.


"Syikin, jom keluar lepak. Mummy dengan papa dah pergi overseas" ajak Auni memandang kuku cantiknya.


Selesai menetapkan masa dan tempat, Auni masuk ke dalam rumah dan menonton televisyen skrin besarnya.


"Mana mummy?" Aiman Syafiq, abang sulung Auni bertanya. Aiman lebih suka luangkan masa di dalam bilik jika Datin Suzzie dan Dato Safreezal berada di rumah. Masanya dihabiskan dengan membaca buku, layan movie dan tidur.

"Overseas again.. Along tak bosan ke duduk dalam bilik?" Auni memandang abangnya yang duduk di sofa kiri Auni.

"Along tidur je banyak. Malas la duduk luar. Sakit mata" Aiman menonton kartun yang ditonton oleh Auni.

"Along..." Belum sempat Auni mengarang ayatnya, Aiman mencelah.

"He will never be my father. My father just Razman" kata Aiman tegas sambil memandang wajah Auni. Dia dah tahu Auni nak tegur apa.

"Do you miss him? Your real daddy?" Aiman memegang bahu Auni. Wajah kacak Aiman dipandang lama.

"No, I will never miss him" Auni bangun dan mengambil begnya lalu keluar dari rumah itu. Hatinya menjadi sebak memikirkan tentang daddynya.


Disebabkan En Razman, Auni hampir dirogol ketika berumur 14 tahun.

"Bakar duit tu atau aku rogol anak kesayangan kau!"


En Razman cemas melihat Auni menjerit setelah bajunya dikoyak. Auni memanggil manggil daddynya tetapi daddynya lebih sayangkan duit itu. Akhirnya En Razman melarikan diri bersama wang berjumlah RM2.3juta

Auni dikurung selama hampir 2 minggu. Tiada siapa mencarinya. Suatu hari seorang remaja lelaki curi curi masuk ke dalam bilik kurungan Auni.


"Awak dah bebas! Pergi cepat" remaja lelaki itu menolak badan Auni keluar tingkap yang menghala ke hutan. Auni memandang remaja itu buat kali terakhir. Apa yang penting dirinya sendiri.


Jeritan remaja lelaki itu tidak dihiraukan. Langkahnya semakin laju melarikan diri.


"Auni, along minta maaf" Aiman menepuk lembut kepala Auni. Terkejut Auni dibuatnya. Terhenti separuh jalan lamunan Auni. "Along tak salah pun" Auni tersenyum lalu memasuki kereta dan berlalu pergi meninggalkan perkarangan rumah mewah itu.


"Syi... kin?" panggilan Auni terhenti apabila melihat Syikin bertengkar dengan seorang lelaki berkaca mata hitam.


Auni hanya duduk di kerusi kayu yang disediakan sambil memerhati mereka 'berborak'. Tiba tiba matanya tertumpu pada lelaki yang menuju ke arah Syikin yang sedang bertengkar.


Lelaki itu menarik telinga lelaki memakai cermin mata itu dan terus meninggalkan Syikin.

{ Hakim Hakimi POV }

"Weyh, kau dah langgar tak reti minta maaf ke?" Hakim menyapu kasar bahunya yang dilanggar Syikin.

"Hey, kau yang langgar aku dulu! Apasal salah aku pulak?!" Syikin membela dirinya.

"Ni la perempuan. Salah dia, taknak mengaku. Salah orang pandai pulak marah" lelaki itu menggelengkan kepala sambil senyum sinis.


"Ini lah lelaki. Perasan hensem tapi sebenarnya muka pecah rumah. Acah bagus, acah hensem, acah poyo tapi hakikatnya sotong!" Syikin ikut menggelengkan kepalanya sambil membuat muka menyampah.

"Kau ingat kau cantik sangat ke? Muka macam badut. Dah badut mekap lagi. Terus jadi zombie. Muka tebal nak pergi mana?" kutuk Hakim.

"Eee... Aku mekap untuk keyakinan diri bukan untuk orang lain!"


"Anda sungguh selfish. Apapun tak reti nak minta maaf ke?!" tengking Hakim separuh kuat.


"Salah kau!"


"Salah kau la!"


Tiba tiba Hazim Hakimi, abang kepada Hakim menuju ke arah mereka.


Menggeletar lutut Hakim dibuatnya. Bukan tak pernah Hazim lempang perempuan sebab fitnah Hakim. Kang menangis si Syikin tu siapa nak pujuk?


Hazim tanpa sebarang kata menarik telinga Hakim dan terus pergi. Hakim mengerutkan keningnya dan ikut sahaja abangnya pergi.

Sampai sahaja di kereta, Hakim menceritakan semua yang berlaku tentang pergaduhan itu.


Hazim hanya mengangguk dan tidak berkata kata atau memberi komen. Hakim mencebik melihat reaksi abangnya yang sentiasa stoneface.


Hakim pelik melihat abangnya termenung sepanjang perjalanan ke kafe miliknya.

{ Auni Safiyea POV }
"Ish kau ni.. Macam budak budak. Minta maaf jela. Settle masalah" Auni mengacau air Milo di tangannya.

"No! Aku ada maruah. Maruah aku mahal!" Syikin memandang Auni lama.


"Hm.. Air liur aku lagi mahal" kata Auni perlahan tetapi masih didengari oleh Syikin. Syikin mencebik. Auni kena langgar pun mengamuk gila sampai nak cekik orang yang langgarnya. Ada hati nak nasihat Syikin untuk minta maaf.

"Kau pahal murung je" Syikin menepuk bahu Auni yang termenung. Auni menceritakan apa yang berlaku sebelum dia keluar rumah membuatkan Syikin rasa simpati.


"Aku tahu mummy dengan dia dah cerai. Tapi.. kenapa dia tak pernah berniat nak ambil alih tugas mummy jaga kitorang bertiga? Sekurang kurangnya ambil lah seorang" komen Auni tidak puas hati.


"Kau nak dia jaga kau?" pertanyaan Syikin membuatkan Auni terdiam. Kes penculikan dulu membuktikan En Razman bukan seorang bapa yang baik. Auni tidak mahu adik beradiknya sengsara di bawah jagaan En Razman.


"Jom shopping. Hilangkan tekanan yang kita hadapi sekarang ni" Syikin menukar topik. Kasihan pula dia melihat Auni stres.


"Jom!" Auni kalau bab shopping, membazir duit dan menghabiskan duit bulanan memang cekap. Baginya mummy dan papanya kaya jadi tidak kisah habiskan berapa ratus pasti banyak lagi yang menanti. Hidupnya hanya dipenuhi duit, duit dan duit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience