BAB 12

Romance Series 4643

Hazim menyandar keletihan di sofa ruang tamu. Bersembang dengan Dani sampai tahun depan tak habis. Hazim mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket.


"Aku lupa cas telefon ke pagi tadi?" Hazim menggeleng kepalanya perlahan. Dah tua agaknya.. Asyik lupa je..

Selesai mengecas telefon bimbitnya, Hazim menuju ke dapur untuk membuat segelas air Milo untuk dirinya. "Baru balik ke?"


Hakim bersandar di pintu peti sejuk. Hazim senyum dan sambung mengacau air Milonya. "Best berdua duaan dalam pejabat ngan Dani?"


"Hei, along bukan sejenis lah!" Hazim berhenti mengacau airnya. Ni gara gara terduduk atas paha Dani lah.


"Kalau along sejenis pun, along nak laki yang hensem dan kaya je.. Hakim nak jadi laki simpanan along?" Hazim mendekati adiknya. Dipeluknya leher Hakim dan cuba menciumnya.


"Lepaskan..! Aaaa!! Homoseksual! Don't touch me! Let me go!!" Hakim menjerit sekuat hati sambil menepis tangan Hazim.


"Both of you, come to my room. Now" tegas dan dingin suara Dato Raiq membuatkan Hazim dan Hakim berhenti bergelut.


Hazim dan Hakim saling berpandangan. Air liur yang ditelan terasa perit. Sampai sahaja di depan pintu bilik Dato Raiq, Hakim memberi satu cadangan.


"Kita oh-som sapa masuk dulu" Hakim mula mengangkat tangannya. Hazim juga bersiap sedia. "Oh-som!!"


"Masuklah.. Buat apa tercegak depan tu?" Wajah Dato Raiq yang masam kembali normal. "Daddy ok?" Hakim tanya perlahan. Pelik jugak tengok ayahnya yang berubah emosi.


"Kenapa daddy nak jumpa kami? Kami ada buat salah ke?" tanya Hakim. Jam pasir daddynya diambil dan diterbalikkan. Caranya macam 'you-only-have-5-minute-to-talk'


"Daddy dah berbincang dengan Dato Safreezal.. Jangan terkejut pulak..." Dato Raiq meninggalkan kesan suspens dalam diri mereka berdua. "Apa?" tanya Hazim dan Hakim serentak.

{Auni Safieya POV}


"Auni taknak cerita dekat along ke?" Aiman menepuk bahu adik bongsunya. Auni memandang Aiman lalu mengalihkan pandangannya ke arah kolam ikan di hadapannya.


"Lelaki memang sotong eh? Marah sikit terus nak merajuk. Sikit sikit nak terasa! Lembik, sotong, sombong, manja, anak mak!"


"Hei, along pun lelaki! Tak semua lelaki macam tu lah. Yang sebenarnya, Auni marah sapa sampai meroyan macam orang gila ni?"


"Mr Dorae tu la! Marah sikit terus terasa! Tak gentleman langsung!" Auni menghentak meja kecil di hadapannya.


"Mr Dorae? Sapa tu?" Aiman mengerutkan keningnya. "Dah dah.. Pergi siap. Nanti kita nak pergi rumah Dato Raiq.. Nak bincang something" sambung Aiman.


"Eh? Bincang apa? Tak perlu pergi kot.. Auni nak duduk rumah je.. Malam ni ada movie Harry Potter" Auni bermalas malasan di atas sofa.


"Auni Safiyea..." Mulalah suara meleret Aiman memujuk Auni. "Yelah.. Yelah.." Auni mengeluh perlahan dan bangun menuju ke biliknya.


Auni memandang sekeliling. Besar jugak rumah Dato Raiq. Harapan Auni? Semoga Hazim tiada di rumah. Namun harapannya musnah apabila Hazim dan Hakim sendiri yang menjemput mereka masuk ke dalam rumah itu.


"Hai, Auni" sapa Hazim tersenyum manis semanis kurma. Auni senyum tak iklas lalu berlari ke sebelah Datin Suzzie dan memeluk lengan mummynya.


"Bro.. We need to talk.. 5 minit je" Aiman menepuk bahu Hazim. Mereka berdua menuju ke kolam ikan meninggalkan yang lain.


"Along pergi mana?" tanya Auni. Pelik tengok alongnya yang tersengeh sengeh. "Auni rasa tak sedap hati lah.. Macam ada yang tak kena ni" Auni menepuk sofa di sebelahnya menyuruh Aiman duduk.


"Tak ada apa apa lah.. Perasaan je tu.." Aiman masih tersengeh. "Ok lah.. Semua dah ada. Boleh mula?" tanya Dato Raiq.


Auni mengerutkan keningnya. Pelik tengok Hazim yang asyik memerhati dirinya. Rambut tak ok ke? Lipstick comot ke?


"I can't believe it! Really!" Auni membaling begnya atas sofa. "Sampai hati papa dengan mummy rancang masa depan Auni tanpa bagitau Auni! Along dengan Angah pun sama! Auni benci semua!" Auni berlari naik ke biliknya.


Aiman dan Adam tanpa arahan Datin Suzzie berlari mengejar Auni. "Auni... Dengar dulu" Adam menyekat pintu bilik Auni daripada ditutup. Sekali ditutup confirm tak boleh buka dah sebab Auni kunci..


"Sebenarnya..-"

"Aaaaaaa!!!!"

"Auni..-"

"Aaaaa!!!!"

"Stop screaming!"

"Aaa!!!!"

"..."

"Aa.. Ok ok.. Explain cepat!"


"Well.. Syarikat Datin Kirana tu dah putuskan kontrak dengan syarikat papa" jelas Aiman.. "Wait.. Wtf! Why?!" Auni agak terkejut mendengarnya.


"Anak dia, si Amir, your EX tu yang nak putuskan.." jelas Adam pula. Aiman terus menekup mulut Adam. Tahu tahu jela Auni ni baru keluar zon peperangan. Kang dia pergi jumpa Amir terus bagi tiket ke kubur secara percuma.

"That man... I'll kill him! Really!" saka Auni dah mula keluar.. Penumbuknya terasa agak gatal nak tumbuk muka Amir.


"Sabar.. Ni lah sebab mummy dengan papa kahwinkan Auni.. Diorang nak jalinkan kontrak dengan syarikat Dato Raiq" jelas Aiman pula.


"Bukan Dato Raiq ada Hotel HighGold dengan kafe tu jeke?" Auni memeluk tubuh.


"Well, Hotol HighGold dengan kafe tu di bawah Syarikat HighGold.. So syarikat kita bergabung dengan syarikat HighGold.."


"Hahaha.. Demi syarikat, papa dengan mummy nak jual Auni?!"


"That's not what I means.. Please Auni.. Demi kami" rayu Aiman. Auni tersenyum sinis.


"Benda dah setuju macam mana Auni nak tolak? Kang dah menyusahkan semua orang" Auni membuat muka selamba lalu menolak 2 orang abangnya keluar dari bilik dan mengunci pintu biliknya.


Aiman dan Adam memandang sesama sendiri dan senyum bangga. "Auni macam mana?" tanya Datin Suzzie risau.


"Dia ok.. Merajuk sikit.. Nanti ok lah tu" jawab Adam dan menuju ke dapur. "Mummy tak payah risau lah.. Auni terima perkhawinan tu.. Kita doakan yang terbaik je untuk dia, ye?" Aiman duduk di sofa rumahnya. Aiman menghembus nafas lega.

{ Hakim Hakimi POV }


"Hakim dah tahu dari awal lagi.. Along tak payah la buat buat terpaksa kena kawin" Hakim ketawa memandang alongnya yang bermuka blushing. Hakim teringat peristiwa di dalam pejabat daddynya.


"Kenapa daddy panggil kami?" tanya Hakim suspen. "Daddy dengan Dato Safreezal... Korang kenal kan?" Hazim dan Hakim mengangguk dan terus fokus.


"Kami dah buat keputusan untuk gabungkan syarikat kita dengan syarikat diorang tapi... daddy letak 1 syarat.."


"Apa syaratnya, daddy?" tanya Hazim. Jenuh tunggu sampai Dato Raiq habis cakap. Tak habis habis suspennya.


"Either you or Hakim have to marry Auni, his step-daughter" kata Dato Raiq lancar.


"Not me! Hakim taknak bukan sebab Hakim tak suka.. Hakim suka Auni but Hakim ada pilihan sendiri.. Along lah! Lagipun along..-"


Mulut Hakim ditutup oleh Hazim. "No need to explain. I'll marry her" muka sentiasa stone but hati sentiasa nak.. Ha gitew la ceritanya..


"Stop it, Hakim. Tak payah nak sakat along.. Potong gaji tu kang" Hazim memeluk diri.


"How? Hakim pun bos gak.. Daddy yang bagi gaji" Hakim menjelir lidah mengejek alongnya.


"Apa2 jela" Hazim bangun dan masuk ke dalam bilik tidurnya. Hakim pula ketawa tak sudah.


'Rasa rasanya.. Minah tu tahu tak kawan dia dah nak kawin?' hati Hakim meneka. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan menekan nombor Syikin.


"Selamat petang, sayangku" ucap Hakim riang gembira.


"Um.. Bos nak apa ni?" Syikin agak menyampah dengan panggilan 'sayangku' dari Hakim.


"U nak tahu something tak? I ada berita gembira khas untuk U sorang je tau"


"Tak teringin nak tahu tapi kalau nak cerita silakan. Saya ada masa.." Syikin menghembus nafas lemah di hujung talian.


"Kawan kesayangan U tu, Auni, dia kan.. Dia kan.. Dah nak kawin dengan abang I.." Hakim bersorak gembira di hujung talian.


"So? Maaflah saya tak ada masa untuk tahu semua tu" selamba Syikin berkata.


"U ni.. Sampai hati U tak endahkan apa yang I cakap.. Kalau dah tahu pun buat buat lah tak tahu.. Kecil hati I" rajuk Hakim.


"Ha? Serius lah?! Kenapa saya tak tahu? Macam mana awak boleh satukan diorang?! Bila kawin?" Syikin berlakon acah tak tahu dan terkejut.


"U ni.. Serius kecil hati I.. Pujuk I cepat!" Hakim berperangai macam budak kecik. Tut.. Tut.. Tut..

"Kau letak fon? Tunggu kau, esok!" Hakim ketawa seorang diri macam orang gila.

{ Syikin POV }


"Siapa? Bos kau?" Auni menyandarkan kepalanya di bahu Syikin setelah Syikin menamatkan panggilannya.


"Ye lah! Bos ulat beluncas gatal tu!" Syikin membuat riak muka geram.


"Tapi kau serius lah pasal kawin ni? Kau setuju?" tanya Syikin meminta kepastian daripada Auni.


"Ye lah.. Takpe. Lagipun dia kan kaya.. Hidup aku takkan susah punyalah" Auni tersengeh sambil memeluk bantal berbentuk kepala kucing.


"Duit je kau pandang kan? Tapi aku takut bila kau kawin, tetiba dia buli kau ke, dia seksa kau ke.. Macam mana?" Syikin meluahkan apa yang tersirat di dalam hatinya. Ye lah.. Muka Hazim je macam pembunuh bersiri versi hensem.


"Yup, aku pilih berduit daripada hati.. Tak payah risau lah.. Siapa je yang berani buli, seksa aku? Sekali debik, pung jatuh!" jawab Auni tanpa risau.


"Jangan kau cakap besar sangat.. Kalau dia buli kau ke apa, kau bagitau aku.. Aku bawak geng serang dia" pesan Syikin serius.


"Siapa geng kau?" tanya Auni ketawa memperlekehkan pesanan Syikin.


"Aku, Aiman, Adam, Harris, Isham, Si Skeleton dan ramai lagi.. Tu orang berpangkat atasan je"


"Si Skeleton? Aidil? Lelaki makan banyak tak gemuk tapi makin kurus tu eh?" Auni ketawa mengenangkan rakan sekolah menengahnya yang makan banyak tapi tetap kurus.

Syikin menggangguk dan ketawa besar. "Ok.. Ok.. Now, aku nak tanya lah.. Kau.. Ada apa apa dengan Hakim ke?" Auni mengumpan Syikin.

"Eh mana ada apa apa.. Tapi macam aku bagitau kau lah.. Suka panggil aku 'sayang'lah.. 'I,U' lah.. Rimas lah.. Orang kaya semua playboy!" luah Syikin geram.


"Tapi dia kan.. um.. you know.." Auni malas nak sambung ayatnya. "Tu cerita lama, sayangku.. Jangan diungkit"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience