BAB 5

Romance Series 4643

Auni tersenyum mengenang peristiwa Isham dan Syikin petang semalam. Comel je 2 orang makhluk ciptaan tuhan tu.

"Ah" berkerut dahi Auni memandang orang yang baru dilanggarnya. "Hey, buta ke? Tak ada mata?! Tahu tak baju I ni mahal?!"

Auni semakin tidak faham. Apa yang berlaku.Oh, dia terlanggar seorang gadis cantik memakai blaus merah jambu dan secara tak sengaja menumpahkan kopi di blaus cantik gadis itu.

"Cik, saya lalu laluan yang memang dikhaskan untuk pekerja ya.. Saya rasa cik yang buta tak ada mata" pedas mulut Auni membalas.

"Ingat sikit darjat u tu! Pekerja bawahan tak sedar diri! Kau tu hamba je!"


Auni semakin bengang dengan perangai 'tak mahu kalah' gadis itu. "Kau..." belum sempat Auni membalas, Hazim muncul memegang tangan Auni yang hampir hinggap di pipi gadis itu.


"Maafkan saya, Cik Safira. Dia budak baru lagi kata sini. Ambil ni untuk gantikan blaus cantik cik" Hazim menghulurkan sekeping cek bernilai RM500


Auni merampas cek itu dan membaca jumlah wang yang diberikan. "Encik Hazim, encik tau tak encik dah kena tipu?" Auni menjongketkan keningnya.


Hazim mengerutkan dahinya. Penonton yang sedia melihat sedutan drama bersiri itu diam sambil memandang mereka bertiga. Pekerja lain juga terkaku melihat keberanian Auni.


"Baju RM150 ada hati nak lebih lebih.. Kata kaya takkan ambil duit orang lain?" Auni tersenyum sinis.


"U jangan nak tuduh I! Blaus ni original made in Korea tau tak?!" jerkah Safira.

Auni mula mendekati Safira. Mukanya garang tahap harimau Mybank. Tiba tiba Auni mencabut sesuatu di bahagian pinggang Safira dengan senyuman sinis.

"What is this? Tag harga? Cik Safira baru beli tadi ke?" tanya Auni penuh sinis. Wajah Hazim mula memerah tanda marah. Bukan pada Safira tapi pada Auni.


"Know what?! U tak setaraf nak dibandingkan dengan I!" Safira berlari keluar kafe itu.


Auni seperti anak kucing kehabisan tenaga diheret masuk pejabat Hazim.


"Awak tahu tak apa yang awak dah buat?!" tanya Hazim kuat. Perasaan marah membuak buak di dalam hatinya.


"Bersyukur lah sikit aku dah selamatkan RM500 kau!" kasar Auni membaling pen di tangannya ke dada Hazim.


"Setakat RM500 sikit je! Sekarang ni mana nak letak muka saya?! Kalau saya bagi kat dia hilang RM500.. Awak buat macam ni entah entah bankrap kafe saya! Awak nak tanggung?!" tengking Hazim.


"Nak letak mana lagi?! Bukannya muka kau boleh tanggal daripada kepala pun nak kecoh sangat pasal?"


"Nak saya pecat awak?!"


"Alhamdulillah bila boleh aku berhenti?"


"Bila fikir balik, saya rasa nak letakkan awak bahagian buang sampah yang setiap hari berkawan dengan tikus, sampah, kulit pisang, ulat sampah.."


"Bila fikir balik, aku rasa nak letakkan kau bahagian mr kepochi, mr acah perfect, mr acah bagus, mr main acah acah"


"Pikir lawak?"


"Lawak la.. Hahahaha" Auni pura pura ketawa sambil memegang perutnya. Pen yang dibaling oleh Hazim berjaya dielak.


"Pergi buat kerja! Sekarang!" arah Hazim kuat seperti komander kawad tentera.


"Eii.. Main order je kerja.. Kat mana?! Sampah?!" Auni duduk dekat tempat sampah? Hell no! Dia sanggup berhenti dan menganggur selamanya daripada berkawan dengan tikus, sampah, kulit pisang dan ulat sampah.


"Nak ke?!" Protes Hazim sambil memegang kertas tugasan mingguan. Auni tersengeh dan berlari keluar pejabat Hazim. Auni kembali mengambil pesanan dan melakukan kerjanya.


"Along lah sekarang" Hakim memusingkan kerusi Hazim menghadap Hazim yang sedang mengambil buku di rak buku.


"Eh, bila sampai?" tanya Hazim mengangkat kening memandang adiknya yang sedang bermain pen.


"Dah lama.. Tak perasan ke? Hakim punya lah beria bersihkan pejabat along. Ingat dapat dengar pujian dari along. Last last dapat dengar pertengkaran along ngan pekerja je" Hakim ketawa di hujung ayatnya.


"Oh, terima kasih bersihkan pejabat along"


"Bila Hakim bersihkan pejabat along?"


"Eh?"


"Eh?"


"Oh Hakim yang kemas. Btw siapa tadi tu? Berani benar dia lawan cakap along yang sentiasa digeruni masyarakat pekerja kafe ni"


"Along ni seram sangat ke?" Hakim mengangguk. "Along tak banyak cakap?" Sekali lagi Hakim mengangguk. "Hakim ni kurang bijak?" tanpa berfikir panjang Hakim menganggukkan kepalanya.


"Wait.. Along!" Hakim mengerutkan keningnya tanda marah. Hazim pula hilang dalam tawa.


"Hakim rasa dekat dalam masyarakat pekerja kafe ni siapa yang paling degil?" tanya Hazim membuka buku rujukannya.


Secara tiba tiba Hakim ketawa terbahak bahak. "Auni Safiyea?!" jawab Hakim masih ketawa.


"Ha ya saya!" Auni yang berada di hadapan pintu menjawab spontan apabila namanya disebut.


"Ada apa? Tak reti ketuk pintu?" pergh kerek benar Hazim ni bila dengan Auni.


Auni mengetuk pintu pejabat Hazim sekuat hati berkali kali melepaskan rasa geram sehingga tangannya merah. Auni berlari lari anak ke arah Hazim dan Hakim.


"Ada kerja kosong lagi tak?" tanya Auni teruja. "Awak ni dah buang tabiat ke apa?" berkerut dahi Hazim. Dia ni kang.. Ey.. Bagi kerja nak berhenti.. Nak pecat tanya kerja kosong..

"Ey.. My lovely friend menganggur tak ada kerja jadi.. Ada tak?" gesa Auni. "No, nanti awak ada kerja sampingan" jawab Hazim meneruskan bacaannya manakala Hakim masih blur.


"Kerja apa pulak ni? Cukup la seksa aku dengan kerja ni. Penat tau tak?!" Auni mengerutkan keningnya.


"Kerja utama awak ialah mengambil pesanan dan menghantar pesanan.. Kerja sampingan yang cuba saya sampaikan ialah.. membawang"


"Mana ada?! Kau kenal ke dia?!"


"Saya tak kenal dia tapi saya kenal awak"


"Ok bila tarikh lahir aku, nama penuh aku, makanan kegemaran aku, hobi aku, kacukan aku tanpa melihat biodata aku"


"25 November, Auni Safiyea binti Razman, of cause western, shopping, kacukan Nepal dan Bangladesh"


"What the.. Nepal?! Bangladesh?! Hey!" jerit Auni geram. Suka hati je keruhkan kacukan Auni.


"Aku kacukan Thai dan Filipina ok?!" Auni menjeling tajam ke arah Hazim. Ya itulah kacukan yang dimiliki oleh Auni. Tidak terkejutlah wajahnya yang putih bersih, hidung mancung, mata bulat dan bulu mata lentik serta lebat.


"Tak sekarang ni boleh tak?!" Auni kembali ke topik asalnya. "No" keputusan Hazim muktamad tanpa mengira belas kasihan.


"Please.. Hakim..." Auni membuat wajah comelnya. "Nama dia Syikin" kata Auni lagi memancing Hakim.


"Along.. I think we need more pekerja sebab kafe kita semakin menarik perhatian orang luar" pujuk Hakim yang lama mendiamkan diri.


"Please" rayu Hakim dan Auni serentak membuat wajah comel. "Haish yela yela" Hazim akhinya mengaku kalah.


Hakim dan Auni bersorak gembira. "Dalam masa 3 saat pergi sambung buat kerja kalau tak dia tak diterima.. 1.. 2.." belum sampai kiraan 3, Auni dah hilang dari pandangan.


"Tutup pintu!" Hazim paling pantang orang yang tidak suka menutup pintu selepas keluar atau masuk menerusi pintu itu.


Auni kembali dan menutup pintu pejabat Hazim sekuat hatinya. Terhenjut bahu Hazim dan Hakim akibat terkejut. Cekodok punya Auni!

{ Syikin POV }


"Umi.. Kin dapat kerja" Syikin tersenyum lebar menanti reaksi uminya. "Hm" Puan Ratna meneruskan aktiviti membalas mesej daripada seseorang.


"Umi.. Izinkan Kin tidur dekat rumah Auni.. Kami nak bincang pasal hal kerja" Syikin selalu tidur di rumah Auni setiap kali uminya keluar kerana kawasan perumahannya tiada pengawal.


"No! Umi tak izinkan. Kalau rumah ni kena rompak time Kin tak ada macam mana?" Puan Ratna.


"Tapi.. Kin takut.."


"No! Kalau Auni yang datang sini tak apa. Ingat dia tu tuan puteri semua benda nak kena ikut cakap dia?" Puan Ratna mula naik angin.


"Auni kawan yang baik. Dia tak bermaksud nak buat macam tu. Mummy dia takut dia kena culik" jelas Syikin.


"Macam tu juga umi! Umi taknak anak umi kena culik"


"Kin nak bersiap sedia untuk temu duga esok" Syikin masuk ke dalam biliknya. Telefon bimbit dicapai.


>Sayangku~ Awak di mana? Titew rindu awak sangat sangat.. Rindu dengan cubitan manja awak dekat pipi titew<


Jangan salah faham ye.. Ini mesej ringkas kepada AUNI SAFIYEA. Gurauan yang menjadi tabiat mereka berdua. Menyerai!


Syikin baring di atas katilnya sambil memejamkan mata. Akhirnya dia tertidur dalam kekosongan jiwa. Hatinya tak tahu nak tunjukkan perasaan apa.


Rasa nak sedih apabila uminya baru mengaku anak.. Marah apabila uminya tidak memikirkan keadaannya di rumah berseorangan dengan adik berusia 14 tahun


Gembira apabila Auni memberitahu bahawa dia berjaya mendapat ruangan kosong dalam kafe itu dan cemburu apabila Auni sentiasa bernasib baik dan dirinya bernasib malang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience