BAB 6

Horror & Thriller Completed 1185

"Aku tak tegur. Kau yang tegur siap sebut lagi suara apa." Sengaja Saiful mengusik Herry yang sememangnya penakut. Apa lagi, Herry memecut kenderaannya sambil mulut terkumat-kamit membaca ayat kursi yang sudah menjadi tunggang-langgang sebutannya. Saiful hanya menggeleng-gelengkan kepala. Gelihati pun ada melihat Herry yang begitu penakut.

Tiba di satu selekoh, Herry menekan brek dengan tiba-tiba. Seorang perempuan baru sahaja melintasi jalan raya dalam keadaan gelap pekat malam. Rambutnya kelihatan kusut masai dan keadaannya agak tidak terurus. Dia bagaikan dikejar sesuatu. Wajah Saiful di sebelah kelihatan cemas.

"Hantu Saiful ! Hantuuu!!!." Herry menggigil takut.

"Kau tunggu sini. Aku keluar sekejap." Saiful terus meluru keluar. Dia perlu mendapatkan perempuan yang baru sahaja melintasi hadapan mereka. Perempuan itu berlumuran darah dan hanya perkataan "Tolong saya," sahaja yang kedengaran. Pakaiannya comot dan ada kesan kelar pada bahagian badannya.

Terus sahaja Saiful mencampung tubuh itu lantas dibawa dibawa masuk ke dalam kereta. Herry terus pucat lesi. Akhirnya Saiful terpaksa menolak Herry yang terkaku dan lembik tak bermaya.

Herry memang alahan pada darah. Jadi, dia terkulai pengsan bila melihat perempuan yang diletakkan di tempat duduk belakang. Terpaksalah Saiful yang mengambil alih tempat pemandu.

"Aku kat mana?. Aku kat mana?." Suara Herry kedengaran. Semua mata tertumpu padanya.

'Kelekuk!' Kepalanya di ketuk perlahan oleh seseorang.

"Hospital lah dowh. Diam sikit boleh tak?. Semua pandang kau tau tak. Malu lah," Saiful bersuara dalam keadaan berbisik.

Semalam dia risaukan perempuan yang berlumuran darah yang ditemuinya. Hingga pagi ini dia masih belum dibenarkan untuk berjumpa dengan sesiapa. Herry pula pengsan tidak sedarkan diri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience