Sudahlah dia mencampung tubuh kecil gadis yang ditemuinya terus menuju ke bahagian kecemasan. Kemudian terpaksa mengangkat Herry pula.
Mujur ada pembantu hospital yang bertugas di situ yang membantu. Hampir buntu fikirannya. Siapa yang perlu dirisaukannya. Antara sahabat atau gadis yang berlumuran darah?.
Herry tersengih bagai kerang busuk. "Mana perempuan tu? Selamat ke tidak dia?."
Saiful memandang Herry. Sudahlah penakut. Ada hati pula nak ambil tahu tentang gadis yang ditemui mereka. Dia berfikir dua kali sebelum mahu membuka cerita pada Herry.
Silap haribulan, Herry pengsan semula. Sudahlah berbaju melayu warna putih. Nyaris-nyaris semalam jururawat menyangka pengantin berdarah. Gadis yang ditemui berbaju kurung warna krim. Memang tak salahlah kalau jururawat dan doktor berpendapat tentang Herry dan gadis itu, fikir Saiful.
"Hoi. Apa sengih-sengih ni. Cepat panggilkan doktor. Aku dah ok ni. Dah boleh keluar harini." Saiful tersengih memandang Herry. Dalam kepalanya sedang ligat memikirkan tentang gadis yang ditemuinya malam tadi.
Akhirnya dia membuat keputusan untuk bertemu juga dengan gadis itu nanti.
Hati Saiful diragut pilu bila melihat keadaan Kuna. Gadis itu cuba tersenyum dan ingin bergerak tetapi di tahan oleh Saiful.
"Terima kasih." Lambat-lambat ungkapan itu dituturkan. Saiful hanya tersenyum.
Melihat keadaan Kuna sedemikian dia seakan terasa kesakitan yang amat berlaku pada gadis itu. Namun tidak pula mulutnya selancar itu untuk bertanya.
Cukuplah sekadar melihat gadis itu masih bernyawa ianya amat menggembirakan hati Saiful sebenarnya. Ingatannya kuat pada arwah Norita.
Kesan kelar di tangan kanan Kuna sama dengan kesan kelar yang ditemui pada mayat Norita. Itu yang membuatkan Saiful nekad menemui Kuna.
Share this novel