BAB 10

Horror & Thriller Completed 1185

Saiful mendengar nyanyian itu lagi. Lagu itu lagu lama dendangan Uji Rashid. Semakin lama semakin dekat bunyinya. Cuma di penghujung nyanyian itu disulami dengan esak tangis.

Dalam dakapan senja

Kurenungi sinar matamu

Berat rasa melepaskan

Dikau pergi

Dingin hembusan bayu

Lemah longlai langkah kakimu

Lambaianmu kian jauh

Dari mata

Suara tangisan semakin jelas kedengaran. Saiful menghampiri kotai yang ditumbuhi lalang separas pinggang. Apakah yang cuba dilakukan oleh Kuna di sini?. Hatinya tertanya-tanya.

Beberapa kali dia melihat lokasi GPS yang dihantar. Memang tidak salah. Itulah tempatnya. Perlahan-lahan kaki dihayun menuju pintu kotai lama itu. Mencari dari mana suara tangisan. Dia cuba mengintai melalui celahan dinding papan. Semuanya tidak jelas.

Dia berjalan lagi hingga ke muka pintu. Ditolaknya sedikit. Pintu terbuka. Langsung tidak berkunci. Saiful mula menjengah. Melihat sekitar kotai. Tiba-tiba tubuhnya melayang ditendang seseorang dengan kuat dari belakang. Terguling-guling dia terdorong masuk ke dalam kotai.

Belum sempat dia bangun dan melihat siapakah gerangan yang menendang, dia sudahpun jatuh terjelepuk kerana di hambat dengan kayu di tengkuknya.

Z tersenyum puas. Dia mengheret Saiful ke dalam kotai dan mengikat lelaki itu di atas kerusi. Kemudian dia mengira 1... 2... Dan 3. Ada tiga orang yang bodoh di sini, ujar kata hatinya. Dia pergi pada gadis paling hujung yang hanya tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja lagi. Pisau dikeluarkan dari beg sandangnya. Dia menikam gadis itu tanpa belas. Dia terasa puas!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience