BAB 3

Horror & Thriller Completed 1185

"Dah sudah. Saiful, pergi mandi. Sekejap lagi Maghrib. Waktu-waktu macamni memang banyak setan keluar. Sebabtu mengigau. Mimpi yang bukan-bukan." Emaknya menyambung lagi sekaligus mengingatkan.

Saiful langsung tidak berkutik. Darahnya terasa kering. Mujur adik dan emaknya cepat menyedarkan dia yang berada di alam mimpi. Mimpi yang menakutkan!. Tiba-tiba sahaja bulu romanya tegak berdiri. Perasaan takut menguasai diri.

Herry meletakkan suratkhabar di hadapan Saiful. Berita utama yang terpapar 'Misteri Kehilangan Hasnita' menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar pagi itu. Saiful meraup wajah sambil melepaskan keluhan berat. Satu lagi kes pembunuhan mirip pembunuhan Norita. Lokasinya juga tidak jauh dari tempat Norita ditemui.

"Istighfar banyak-banyak Saiful. Aku yakin ada hikmah di sebalik semua yang berlaku," ujar Herry seraya menepuk lembut bahu Saiful. Berita tentang kematian tunang Saiful begitu menyayat hati. Hari ini entah isteri, anak mahupun tunangan siapa pula menjadi mangsa, getus hati Herry. Jika dialah yang berada di tempat Saiful, belum tentu lagi dia setabah itu.

"Jangan lupa petang ni Herry." Ingatan yang entah keberapa kali disebut. Majlis nikahnya dengan Norita sepatutnya berlangsung malam ini. Tapi terpaksa diganti dengan majlis tahlil dan doa selamat.

Kedatangan Saiful dan Herry disambut baik oleh ahli keluarga Norita. Masing-masing berwajah sugul memandang wajah Saiful, menantu tidak jadi mereka. Riuh rendah suasana jelas kedengaran. Sementara menunggu azan maghrib, Saiful duduk di bangku hadapan rumah. Memerhati langit yang kian kelam.

Dalam dakapan senja

Kurenungi sinar matamu

Berat rasa melepaskan

Dikau pergi

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience