"Dalam dakapan senja... Kurenungi sinar matamu...." Sekejap dia menangis dan sekejap dia tertawa. Pisau yang terbenam pada tubuh Professor Meor ditarik tanpa belas.
Pisau di bawa ke pergelangan tangan Professor Meor dan dikelar-kelar sesuka hatinya. Semuanya dilihat oleh Saiful di hadapan mata. Dia jadi tergamam. Lidah menjadi kelu. Cuba menipu akalnya bahawa dia sedang bermimpi saat itu. Tapi sayang ianya adalah kenyataan. Ya! Kenyataan!.
"Abang Saiful." Z beralih pada Saiful. Pakaian Z sudah terpalit dengan darah. Dia jalan bersahaja menuju Saiful bersama pisau di tangan. Pisau yang telah terbenam pada tubuh Professor Meor. Saiful merasakan tubuhnya lemah tidak bermaya. Z sudah berada di sisi.
"Z... Kenapa Z buat macamni?." Saiful cuba bersuara walaupun suaranya terketar-ketar. Anak kecil sebaya adiknya itu bukan seperti selalu yang dilihatnya. Hilang sudah wajah comel dan mulus. Yang tinggal hanyalah mata yang penuh dengan cahaya kebencian.
"Kau tanya aku kenapa?. Hahaha...." Z tertawa besar. Dia memainkan hujung pisau di lengan sasa Saiful. Saiful hanya mampu mengucap dan beristighfar ketika pisau itu menari-nari di lengannya.
"Kau kenal perempuan sebelah kau?." Saiful angguk. Dalam angguk dia resah. Apa sahaja boleh berlaku sekarang ini. Dia melihat Z sudah tidak waras lagi.
"Dia ni dah ada tunang. Tapi boleh pulak layan kau!. Perempuan macam dia ni tak layak untuk hidup!." Pisau yang menari-nari di lengan Saiful beralih pada Kuna yang sudah terkulai.
"Kau kenal Norita ?." Saiful angguk. Masakan dia tidak mengenali tunangnya sendiri. Z tertawa lagi. Masih jelas lagi di ingatannya Norita bertemu seseorang di hadapan rumah tetapi lelaki itu bukan Saiful. Z sakit hati melihat Norita bertemu seseorang.
"Dia curang!. Dia tak layak untuk hidup!." Pisau dibenam pada kaki Kuna. Gadis itu terus menjerit menahan sakit.
Share this novel