BAB 11

Horror & Thriller Completed 1185

Kemudian dia menghilang entah ke mana.

Professor Meor memasuki ruang yang separuh gelap. Seorang lelaki telah diikat di atas kerusi dengan kepalanya terlentok. Ya, dia pengsan. Tidak jauh di sebelah, di atas kerusi berlainan seorang gadis juga sama diikat. Di kerusi yang ketiga juga ada seorang lagi gadis turut diikat dan sedang mengerang kesakitan.

Dia nampak sungguh tidak bermaya dengan kesan torehan di tangan. Tompokan darah di merata tempat. Mata Professor Meor melilau ke sana dan ke mari mencari sesuatu. Di tangannya masih kejap lagi dengan kayu yang ditemui di muka pintu tadi. Terdapat kesan percikan darah pada kayu di tangan.

Dia menghampiri Saiful. Menunjal-nunjal kepala lelaki itu dengan kayu. Ketawa semakin melebar bila melihatkan Saiful yang tidak bermaya.

"Bodoh!," laungnya dengan tawa yang masih bersisa. Terhinjut-hinjut bahu dek kerana gelak yang kuat. Kemudian terus menuju kepada gadis yang di sebelah Saiful. Kesan kelar di tangan masih jelas. Dia tertawa lagi. Lebih kuat dari tadi.

"Kau curang!", suaranya melengking kuat menggetarkan seluruh kotai. Dagu gadis itu dipegang. Wajah yang pucat itu direnungnya. Hanya seminit dua. Kemudian dia menangis. Menangis semahu-mahunya. Professor Meor terjelepuk di hadapan gadis tersebut.

"Kenapa kau curang? Kenapa???." Melihatkan tiada respon, dia bangun dan menarik rambut gadis tersebut.

"Berapa kali aku dah beri amaran. Jangan dekat dengan dia!. Tapi kau degil!.”

Saiful membuka matanya perlahan. Dia merasa sakit di belakang tengkuknya tetapi tangannya berikat. Suara Professor Meor melengking kuat. Saiful hanya mampu mendengar. Dunia seakan berpusing baginya. Lelaki di hadapannya itu sekejap ketawa dan sekejap menangis. Hinggalah satu saat lagu itu berkumandang lagi. Ya!. Saiful pasti itu adalah pemilik suara yang sama. Halus.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience