BAB 12

Horror & Thriller Completed 1185

Lelaki di hadapannya memerhati sekeliling. Di tangannya kejap dengan kayu. Seakan mengawasi kawasan tersebut.

"Kau siapa sebenarnya?. Apa salah aku sampai kau ikat aku macamni?." Saiful mula berani bertanya. Lelaki itu tidak menjawab tetapi berlari menuju pintu. Cuba menutup pintu yang seakan mahu tercabut itu.

"Heii!!!. Kau siapa?. Aku tanya kau ni." Dia sempat melihat Kuna di sebelah yang mengerang kesakitan sejak dari tadi.

Lelaki itu masih dengan kayunya. Lagu itu semakin lama semakin kuat. Bermakna seseorang telah menghampiri kawasan itu. Suara terhenti di hadapan pintu. Sunyi. Professor Meor bersedia dengan kayunya. Peluh jantan keluar membasahi tubuh.

"Jangan aku kata jangan!. Cukuplah!." Dia bersuara lantang. Seakan memberi amaran kepada seseorang di luar.

"Ayah... Z takut," suaranya di ikuti dengan esak tangis di luar. Suara manja Z membuatkan Professor

Meor terus mencampakan kayu dan membuka pintu. Z yang sedang menangis di bawa dalam dakapan. Dipujuknya anak itu seadanya. Saiful terdiam. Dia tidak tahu apa kaitan dirinya yang sedang diikat dengan mereka dua beranak. Mengapa Z ada di situ?. Z yang seusia adiknya, Deknor.

"Ayah... Z takut," ulang anak itu. Professor Meor memeluk anaknya yang sedang menangis sekali lagi. Cuba mententeramkan.

"Jangan takut... Ayah ada." Puas anaknya itu di dakap dan berkali-kali dahi dikucup.

Z mengangkat pisau yang ada dalam simpanannya dan terus menikam Professor Meor. Darah memancut keluar. Professor Meor rebah. Buntang mata Saiful melihat kejadian itu.

Z tertawa besar melihat ayahnya.

"Berapa kali Z cakap dengan ayah. Jangan kacau urusan Z. Tapi ayah tak mahu ikut." Dia menyanyi lagi lagu itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience