Hairy muncul di hadapan pintu bersama beberapa orang anggota polis yang ditugaskan mengawal dan mengepung kawasan.
"Saiful ! Saiful ! Kau okey tak Saiful ?.!!!." Herry terjelepuk jatuh setelah melihat sekitar kotai yang di penuhi darah. Apatah lagi melihat sahabatnya juga terpalit dengan darah. Saiful geleng kepala.
Saiful terdiam setelah pihak polis menceritakan kisah sedih Zamia. Sikap ayahnya yang seringkali berpoya-poya dengan perempuan lain membuatkan ibunya makan hati.
Hinggakan ibunya membunuh kekasih ayahnya di rumah sendiri saat rembang senja. Waktu itu lagu dendangan Sharifah Aini itulah yang terpasang. Pembunuhan itu berlaku di hadapan mata Z. Tragedi itu menjadikan Z seorang pendendam.
Professor Meor sedar kesilapannya dan berjanji akan menjaga anaknya sebaik mungkin. Tetapi peristiwa silam itu membuatkan jiwa Z tertekan dan seringkali melakukan sesuatu di luar jangkaan.
Dia mengawal Z dari rapat dengan orang luar untuk mengelakkan perkara buruk yang akan anaknya lakukan. Tapi apakan daya, dendam lama anaknya telah memberi impak besar dalam hidupnya.
Kehadiran Professor Meor sebenarnya adalah untuk menyelamatkan mereka. Tapi dia silap percaturan hingga dia juga menjadi mangsa darah dagingnya sendiri.
Sang Mentari sudah mahu melabuhkan tirainya. Langit menjingga dengan garangnya. Saiful mengucapkan syukur tidak kerana diberi kesempatan untuk berpijak di bumi Allah ini lagi. Dia mengharap akan ada kebahagiaan menantinya kelak.
Share this novel