BAB 9

Horror & Thriller Completed 1185

Z diam. Dia tidak mahu menjawab. Dia lebih gemar duduk dengan sebuah buku agak lusuh di tangan. Entah apa isi pada buku itupun Saiful tidak pasti.

"Abang sayang kak Norita ?," soalan itu yang terpacul dari mulut Z.

"Tentulah. Tapi Z tau kan, kak Norita dah tak ada?."

Z mengangguk tanda mengerti.

"Z datang sini jumpa abang Saiful ayah tau tak?." Risau juga dia jika ayah anak ini mengetahui. Pasti dia akan dimarahi. Jika dia sahaja yang dimarahi tidak mengapa tetapi Z akan diherdik okeh ayahnya tidak kira di mana.

"Ayah tak ada. Ayah keluar pergi kedai besi."

"Buat apa?." Pelik pada pendengaran Saiful. Untuk apa lelaki pelik itu ke kedai besi petang-petang sebegini?.

Z jungkit bahu tanda tidak tahu. Bukan urusan dia untuk ambik tahu.

"Abang ada girlfriend lain?."

"Belum ada. Kenapa Z tanya?. Z ada calon untuk abang ke?."

Anak itu diam. "Sama macam arwah mama Z," suara itu antara dengar dengan tidak. Wajah Z bertukar keruh. Kemudian dia berlari semahu hatinya meninggalkan Saiful terpinga-pinga.

Panggilan telefon dari Kuna adalah sesuatu yang tidak disangka oleh Saiful. Setelah sekian lama, itulah kali pertama Kuna menghubunginya. Suaranya seakan takut-takut. Tersekat-sekat tiap bait perkataan yang diluahkan. Sesuatu yang menggusarkan hati Saiful.

Dia mahu berjumpa Saiful secepat mungkin. Meminta bantuan Saiful untuk membaSaiful ya lari jauh. Jauh?. Jauh ke mana?. Saiful merasakan ada sesuatu yang buruk sedang berlaku. Dia perlu cepat menemui Kuna. Gadis itu perlukan bantuannya sekarang.

Remang senja kian menghampiri. Hampir setengah jam Saiful berpusing-pusing mencari lokasi yang dimaksudkan oleh Kuna. Akhirnya dia menemuinya juga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience