BAB 2

Horror & Thriller Completed 1185

Hampir enam bulan sudah Norita tiada. Dia bukanlah seorang yang mempunyai musuh, bahkan arwah merupakan seorang yang baik hati. Hingga ke saat ini pihak polis masih belum dapat mencari pembunuhnya.

Tapi alunan lagu yang didengarinya tadi seolah-olah membawa dia kembali kepada Norita. Dalam lamunan sendiri akhirnya dia terlelap juga di dalam perut bas yang membawa dia kembali ke ibu kota.

Dia nampak Norita berjalan menuju ke satu arah. Tapi tidak tahu ke mana. Bagaikan mahu menunjukkan sesuatu. Saiful berlari dan terus berlari. Mengejar dan terus mengejar Norita.

Dia merasakan ada yang mengekorinya dari belakang. Langsung tidak diendah. Yang penting dia mahu bertemu Norita. Tanpa disedari kakinya tersangkut pada perdu pokok.

Terus wajahnya tersembam ke atas tanah. Sakitnya tidak terkata. Bayangan seseorang dengan pisau berkilat di tangan kian menghampiri. Dia semakin tersepit dan meraung kesakitan. Puas dia meronta-ronta. Peluh dingin mula memercik keluar. Saiful semakin takut. Akhirnya….

"Tolong! Tolong! Tolonggg akuuuu!!!."

Jeritan Saiful memeranjatkan seisi rumah.

"Abang! Abang!. Abang kenapa ni?", suara cemas Deknor kedengaran. Dia dan emaknya berlari menuju ke bilik Saiful sebaik sahaja mendengar jeritan itu tadi. Kelihatan Saiful resah di atas katilnya. Saiful mengigau!

"Itulah... Mama dah pesan banyak kali dah. Jangan tidur petang-petang macamni. Ini kalau mama bercakap, kamu tutup telinga. Kata mama ni membebel." Leteran si emak terpaksa di dengarnya lagi. Saiful terpisat-pisat setelah dikejutkan oleh adik dan emaknya tadi. Seram sejuk badannya bila mengingatkan mimpi tadi.

"Abang ni, mengigau sampai macamni sekali. Terkejut Deknor tau tak. Ingatkan kenapalah tadi," rungut si adik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience