BAB 5

Horror & Thriller Completed 1185

"Buat apa lagi kat situ?. Pergi balik!." Melihatkan Z masih belum beredar, lelaki itu terus memberi arahan dengan wajah bengisnya.

Wajah Z bertukar merah. Dia terus berlari menuju ke arah rumahnya tanpa menoleh lagi. Terus meninggalkan Saiful, Herry dan ayahnya yang menyinga.

"Lepasni aku tak mahu tengok muka kau orang berdua berbual dengan anak aku lagi!."

"Tapi kami cuba berbual aje encik. Lagipun Z tu cuma budak-budak aje," ujar Saiful. Tidak mengerti mengapa lelaki yang membahasakan dirinya 'ayah' kepada Z bersikap bengis sedemikian. Anak sebaya Z sepatutnya mendapat perhatian dan kasih sayang yang baik.

"Tak perlu masuk campur urusan aku. Aku tak mahu tengok muka kauorang lagi. Faham?." Suara garau itu bergema lagi dan terus berlalu. Sedikitpun tidak ada perasaan bersalah.

Malam itu setelah majlis tahlil tamat, Saiful dan Herry mahu terus pulang. Memandangkan hari sudah lewat dan mereka perlu ke tempat kerja keesokan harinya, mereka perlu pulang dengan kadar segera. Elok sahaja kereta di gerakkan, sekali lagi Saiful mendengar lagu yang sama berkumandang. Ya!. Itu lagu yang sama dinyanyikan oleh Norita. Tapi, siapa pula yang menyanyikannya?.

"Hei bro!Apahal kau ni?. Mengelamun jauh nampak," ujar Herry sambil memandu.

"Kau dengar tak?."

Herry terdiam. Cuba mengamati sekeliling. Hanya kawasan semak samun di kawasan pembinaan yang terbengkalai sahaja. Bagaimana pula telinga Saiful dapat menangkap suara orang menyanyi?. Bulu roma Herry sudah meremang. Sudahlah mereka sedang melalui kawasan sunyi.

"Orang tua-tua pesan, kalau dengar apa-apa jangan tegur Saiful. Mana ada suara orang menyanyi," suara Herry terketar-ketar. Kenapalah celupar sangat sahabat di sebelahnya ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience