BAB 8

Horror & Thriller Completed 1185

"Nasib baik awak lalu kat situ. Kalau tidak, tak tahulah apa jadi pada saya." Gadis itu mula bersuara walaupun terlalu lemah. Sesekali mata dipejam celikkan. Menahan sebak dan kesakitan.

"Siapa kejar awak semalam?."

Kuna bungkam. Tidak terjawab soalan Saiful. Cukuplah dia sahaja yang tahu.

"Kuna... Kalau tak keberatan, tolong jawab soalan saya. Siapa yang kejar awak semalam?." Gadis itu tetap diam. Air mata bergenang di tubir mata.

"Ehemmm!!!..." Saiful berpaling. Lelaki yang membahasakan dirinya sebagai 'ayah' kepada Z berdiri sambil matanya melirik tajam pada Saiful.

Wajah Kuna berubah. Seolah-olah mahu menyatakan sesuatu. Saiful merasakan ada yang tidak kena sedang berlaku. Riak wajah Kuna berubah bila kehadiran lelaki bengis itu dengan penampilannya cukup menggerunkan.

"Encik... Boleh tolong keluar?. Ada pelawat lain yang akan masuk. Tak dibenarkan lebih dari dua orang pelawat," ujar jururawat yang masuk. Saiful terpaksa beredar walhal hatinya merasakan sesuatu yang tidak enak. Sempat dia menyelitkan nombor telefonnya di bawah bantal Kuna tanpa pengetahuan lelaki itu.

"Engkau lagi?. Berapa kali aku cakap. Jangan campur urusan aku," satu bisikan berbaur ugutan menerjah telinga Saiful sewaktu dia berselisih mahu keluar dari bilik itu. Saiful hanya diam dan menoleh wajah Kuna seakan memberitahu 'jangan tinggalkan aku’.

Z tersenyum-senyum melihat Saiful datang ke taman petang itu. Saiful sengaja datang berseorangan.

"Z tak main dengan diaorang tu semua?," soal Saiful. Tujuannya bertemu Z adalah untuk bertanyakan soal ayahnya.

"Taknaklah. Diaorang tu semua bukan nak kaSaiful dengan Z," rungutnya.

"Kenapa?."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience