“Ha, kan manis kalau isteri abang ni ketawa. Pergilah bersiap. Flight
kita lagi tiga jam. Nanti lewat pulak.” Tegur Iskandar. Meleret senyuman
Maya bila Iskandar sudah pun menarik tangannya.
Bandar Langkawi menyaksikan cinta mereka berdua. Maya betapa gembira
berada di sisi Iskandar, insan yang selama ini tidak pernah terlintas di
fikirannya menjadi suaminya. Memang benar kata orang, bercinta selepas
nikah punya kisah cinta yang indah. Iskandar juga merasa bahagia kini
kerana punyai seorang isteri yang sebaik dan selembut Maya. Di tanah
Langkawi juga Maya dan Iskandar melupakan apa yang telah terjadi kepada
perhubungan mereka kini. Mereka menikmati setiap detik dengan kata-kata
bahagia dan cinta.
“Terima kasih, bang sebab sudi bawa Maya bercuti.” Ucap Maya lembut
sambil sambil memeluk erat lengan Iskandar sewaktu mereka ingin
mengambil bagasi.
Iskandar tersenyum.
“Tak jauh mana pun sayang. Semua ni tak dirancang. Kalau abang rancang
betul-betul lagi jauh abang boleh bawa Maya.”
“Maya tak kisah ke mana sahaja yang abang nak bawa Maya asalkan Maya
bersama-sama dengan abang. Abang, jangan tinggalkan Maya. Maya sayangkan
abang.” Iskandar memandang kepada Maya. Wajah isterinya kelihatan muram.
“Tak percayakan abang ke?”
“Maya percayakan abang, tapi Maya takut.”
“Dah, kita cerita pasal lain pulak boleh tak? Kenapa perlu ceritakan
tentang tu bila kita jejak tanah KL ni? abang tak suka tau.” Maya
senyap. Bukan niatnya untuk membuatkan Iskandar marah. Entah mengapa
hatinya dilanda gelisah.
Tiba-tiba telefon bimbit Iskandar berbunyi.
“Mama,” Sepatah sahaja perkataan yang keluar dari bibir Iskandar.
Debaran Maya mula bertandang apabila melihatkan wajah Iskandar yang
tiba-tiba berubah.
Share this novel