Iskandar melabuhkan punggung di hadapan Dania. Persepsinya terhadap
Dania dia dapat merasakan Dania seorang yang cantik dan bergaya.
Bagaikan seorang seorang yang agak sosial.
“Terima kasih sebab sudi berjumpa dengan saya.” Ujar Iskandar.
“Have to. Kita kan dah nak kahwin.”
“Kenapa awak nak kahwin dengan saya?” Soalan pertama muka ditanya oleh
Iskandar.
“Dan kenapa pulak awak sanggup nak kahwin dengan saya?”
“Saya nak jawapan dari awak dulu.” Dania menyambut dengan senyuman yang
penuh dengan kemegahan.
“Saya ni perempuan. Saya cuma tunggu pinangan orang. Saya akan setuju
siapa sahaja pinangan yang mama saya terima.”
“Tanpa awak tahu yang pinang awak adalah suami orang?”
“So? Apa masalahnya? Bukan saya yang masuk meminang, tapi awak.
Sebelum awak tanya saya tanya diri awak tu dulu.” Iskandar terdiam. Dia
terpukul dengan kata-kata Dania itu.
“See… belum kahwin kita mula tak bersependapat. Tak pernah terfikir
kalau kita kahwin?”
“Encik Iskandar, isi cerita di sini mama awak suruh kita kahwin sebab
anak. Sebab anak! Dia tak kisah kita gaduh ke tidak. But one thing,
saya tak rela jadi isteri nombor dua.”
Iskandar tersentak. Hampir bergenang air mata lelaki Iskandar bila
mendengarkan kata-kata itu. Serta-merta wajah Maya menghiasi di ruang
matanya.
“Awak cantik, Dania. Tapi sayang hati awak bukan hati seorang perempuan.
Saya di sini pun sebab dia.”
“Terpulanglah awak nak cakap saya apa. Saya dah tak kisah. Yang pasti
saya tak nak jadi isteri nombor dua. Terpulanglah awak nak buat apa,
tapi saya nak awak ceraikan dia.”
“Walau apa pun terjadi saya takkan ceraikan dia.”
“Aku tak kira walau pun apa pun, yang penting kau ceraikan dia.” Kali
ini berubah bahasa Dania kepada Iskandar.
“Kau jangan lupa, kuasa talak adalah pada aku. Kau ingat aku nak sangat
ke kahwin dengan kau?”
“Kalau dia baik, tak ada lah mama kau suruh kahwin lain.” Iskandar
senyum dengan penuh makna.
“Bak kata kau, isinya adalah anak. Kau jangan lupa. Kalau perkara yang
sama terjadi dengan kau akan datang, sudah tentu mama aku akan carikan
calon isteri yang lain pulak. Masa tu kau akan merasa bagaimana perasaan
isteri aku sekarang ni.”
Share this novel