“Abang ada masalah ke? kalau abang rasa nak kongsi dengan Maya,
ceritalah. Maya sudi dengar.” Ujar Maya perlahan walaupun hatinya sudah
tidak keruan lagi. Dia bagaikan mahu menangis.
“Abang tak ada apa-apa masalah. Tak payah tanya boleh tak?”
“Abang suami Maya. Susah senang kita sama-sama, bang.”
Iskandar merenung tepat ke wajah milik Maya. Wajahnya masam dan muram.
“Awak memang tak faham ke apa yang saya cakap ni? saya kata tak ada
apa-apa, tak ada apa-apalah. Dah, saya nak masuk tidur.” Iskandar
meninggalkan Maya dalam keadaan terpinga-pinga.
Hati Maya mula rasa debarnya. Sebak dan sedih kini menyapa hatinya. Dia
tahu, pasti ada sesuatu yang membuatkan suaminya itu bersikap dingin
dengannya. Air mata Maya bagaikan mahu mengalir namun dia cuba untuk
menahan. ‘Ya Allah, kau ampunkan dosa suamiku.’ Hati Maya mula berbisik.
Kemudian dengan langkah yang perlahan Maya terus menuju ke bilik. Walau
apa pun yang terjadi tadi, dia bersyukur yang suaminya sudah selamat
pulang ke rumah.
Maya masuk ke dalam bilik dan kelibat Iskandar mula dicari. Mungkin
mandi agaknya. Tanpa fikir panjang, Maya merebahkan badannya sambil
memandang ke sisi. Maya cuba untuk melelapkan mata namun gagal. Hai
mata, tidurlah…. Esok nak kerja.
Share this novel