BAB 4

Drama Completed 429

“Kenapa dengan mama, bang? Dia tak sihat ke?”

Iskandar menggeleng.

“Habis tu?” Iskandar mengeluh perlahan. Hatinya benar-benar berat untuk
menyampaikan berita sedangkan hatinya masih lagi berbelah bagi.

“Abang, cakaplah.”

“Entahlah, abang pun tak faham dengan mama tu. Dulu dia juga yang
beria-ia suruh abang kahwin dengan Maya.” Iskandar memandang wajah milik
isterinya. Ternyata wajah milik Maya serta-merta berubah.

“Abang tak suka dengan Maya ke? Kalau Maya ada buat salah dengan abang,
bagi tahu dengan Maya.”

“Hish! Isteri abang ni. Abang tak habis cakap lagi.”

Maya diam. Dia kemudiannya memberi peluang kepada Iskandar untuk
menerangkan segalanya.

“Dulu dia nak sangat abang kahwin dengan Maya. Masa tu abang tak kenal
dengan Maya. Bila abang dah kahwin dengan Maya baru abang kenal dengan
Maya. Maya seorang isteri yang sempurna buat abang. Abang tak nak minta
apa-apa lagi melainkan Maya di sisi abang.”

Maya tertunduk malu. Dia juga tidak menyangka perkahwinan di atas aturan
keluarga dan bercinta selepas nikah begitu indah. Dia juga bahagia
mendapat seorang suami yang sebaik Iskandar.

“Habis tu, apa masalahnya bang?”

“Mama terus terang nak abang nikah yang lain.” Tersentak Maya
mendengarkan kata-kata Iskandar itu. Kahwin lain?

Saat itu hati Maya bagaikan hancur dan luluh. Air matanya pantas
mengalir. Sebak hatinya tidak boleh digambarkan. Dadanya bagaikan
dilontar dengan batu yang amat besar dan terus menghimpit perasaannya.

“Maya bukan menantu yang baik ke bang?” Ada getar pada suara Maya.
Betapa dia sedih dengan berita yang baru sahaja diterimanya.

“Abang faham perasaan Maya. Abang pun tak sanggup nak menduakan Maya.”

“Kalau itu sudah keputusan mama, takkan abang nak biarkan?”

“Abang tak sanggup, Maya. Kalau boleh abang tak nak.”

“Mesti ada sebab kenapa mama ambil keputusan untuk abang kahwin lain.”

Iskandar diam.

“Cakap, bang. Apa salah Maya? Kalau Maya ada buat salah bagilah Maya
peluang, bang. Maya akan betulkan.”

“Maya tak ada salah apa-apa. Maya seorang isteri dan menantu yang baik.
Cuma….”

“Cuma apa bang?”

“Sesuatu perkara yang bukan kuasa kita.” Maya diam. Dia tahu apa yang
tersirat di dalam kata-kata Iskandar itu. Air mata Maya kian deras.

“Maya tahu, bang. Mesti mama nak timang cucu, kan?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience