BAB 14

Drama Completed 429

“Selama….” Belum sempat Maya menghabiskan kata, dia sudah termuntah di
atas baju tidur milik Iskandar.

“La… kenapa ni?” Tangan Iskandar pantas mencapai tisu yang berhampiran
dengannya. Bibir Maya dilap kemas. Wajah isteri tersayang di renung.

“Sayang okey tak ni? kenapa pucat je muka tu?”

“Entahlah bang. Rasa macam tak sedap badan je.” Iskandar menutup api dapur.

“Kita pergi klinik nak tak?”

“Maya nak rehat je. Mungkin lepas rehat Maya okey kot?”

“Okey kot? Eh, jom lah kita pergi klinik. Abang risaulah. Kalau pergi
klinik sekurang-kurangnya doktor tahu apa sakit tu.”

“Maya tak laratlah bang.” Iskandar meletakkan tangan pada dahi Maya. Eh,
tak panas pun badan.

“Dah, jom kita pergi klinik. Jangan banyak sangat alasan. Kita sarapan
je kat luar.” Ajak Iskandar.

Hati Iskandar tidak tenteram saat membawa Maya ke klinik. Tidak dapat
dibayangkan sekiranya terjadi apa-pa kepada isterinya.

“Tahniah, encik Iskandar. Encik Iskandar bakal menjadi ayah tidak lama
lagi.” Terbuntang mata Iskandar dan Maya mendengarkan keputusan doktor itu.

“Doktor tak salah?” Doktor Hayati menggelengkan kepala.

“Tapi…”

“Tapi apa doktor? Isteri saya tak okey ke?”

“Dia okey, jangan risau. Biasalah morning sickness memang terjadi boleh
dikatakan kebanyakkan wanita mengandung. Tapi…. Mungkin encik Iskandar
bakal menimang cahaya kembar.”

“Kembar? Tapi saya tak ada beradik kembar.”

“Mungkin dari sebelah isteri encik.”

“Atok!” Ujar Maya perlahan. Ya, dia ada ada keturunan kembar.

“Al-hamdulillah…” Iskandar mengenggam tangan Maya dan kemudiannya
mengucup lembut.

“Lepas ni sayang dah tak boleh buat kerja berat-berat lagi. Biar abang
yang buatkan semuanya. Ini, kalau mama tahu yang dia bakal mendapat anak
kembar lompat sakan dia.”

Maya tersenyum malu. Akhirnya, segala doa dan kesabarannya terbalas.
Setiap yang berlaku ada rahmat dan ganjarannya. Ganjaran yang berganda
membuatkan dia begitu gembira. Punyai seorang suami yang setia dan
punyai ibu mertua yang begitu menyayanginya serta insan yang bakal
menjadi pelengkap hidup rumah tangga, tiada lain yang ingin dipinta.
Cukuplah dengan kebahagiaan yang telah diberikan oleh yang Maha Esa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience