Iskandar keluar dari bilik mandi dan kemudiannya terpandangkan Maya yang
sudah berada dikatil. Iskandar mengeluh perlahan. Ah, apakah yang telah
aku lakukan kepadanya? Maya adalah isteri yang setia dan paling
dicintai. Dia berkahwin dengan Maya bukannya atas dasar cinta, tetapi
dari aturan keluarga. Pada mulanya dia menentang sekeras-kerasnya
perkahwinan itu. Namun bak kata orang tidak kenal maka tidak cinta. Bila
dia berkahwin dengan Maya, hatinya mula jatuh cinta. Dia sayangkan Maya.
Hanya Maya sahaja dia dambakan kasih sayang. Sekarang, ibu yang sebelum
ini beria-ia supaya dia berkahwin dengan Maya cuba untuk mempermainkan
perasaan insan yang dicintainya.
“Dah tiga tahun, Is. Takkan tak ada apa-apa? Susah sangat kamu kahwin je
satu lagi. Bukannya kamu tak mampu.” Masih terngiang-ngiang di cuping
telinga Iskandar.
Iskandar melabuhkan punggung di sisi Maya. Merasakan kehadiran suaminya
itu, Maya kemudiannya membuka mata dengan perlahan.
“Abang kenapa tak tidur lagi?”
“Abang minta maaf sebab berkasar dengan Maya tadi.” Maya tersenyum bila
Iskandar mengucap maaf kepadanya. Betapa lega perasaannya saat itu.
“Maya tahu abang ada masalah. Tapi serius Maya sedih dengan apa yang
abang buat tadi.” Ujar Maya jujur. Iskandar mencuit lembut pipi Maya dan
tersenyum.
“Dah… abang tahu abang salah. Abang minta maaf minta maaf okey. Jom
temankan abang makan.”
“Bukan ke abang kata abang dah makan kat rumah mama?”
“Makan sambil dengar mama membebel buatkan abang lapar pulak.” Renggek
Iskandar. Maya tergelak kecil.
“Tapi Maya kena panaskan lauk dulu. Tak apa ke?”
“Tak apa. Abang boleh tunggu. Abang temankan sayang, dan sebagai tanda
terima kasih esok abang akan hantar dan ambil sayang kerja.”
“Tak payah susahlah bang. Maya boleh pergi sendiri.”
“Sh…..” Iskandar meletakkan jari telunjuknya di bibir Maya.
“Cakap suami jangan nak bantah.” Maya tersenyum dan mengangguk.
Iskandar kemudiannya menarik lembut tangan Maya untuk turun ke dapur.
Lebar senyuman Iskandar apabila melihatkan Maya yang sedang memanaskan
lauk untuknya. Betapa dia berterima kasih kepada isterinya itu. Setelah
selesai memanaskan lauk untuk Iskandar, Maya turut melabuhkan punggung
dan menemani suaminya itu makan.
“Abang minta maaf sebab dah menyusahkan Maya tadi. sebenarnya abang
tengah buntu.”
“Dahlah bang. Salah Maya juga yang paksa abang tadi.”
Iskandar tersenyum dan lantas mencuit lembut hidung milik Maya.
“Tapi Maya berhak tahu.” Ujar Iskandar di penghujung suapannya. Hati
Maya terus dilanda debaran yang amat kencang sekali. Dia tahu, pasti ada
sesuatu yang melibatkan dirinya juga. Terus sahaja wajah Maya berubah.
“Apa maksud abang?”
Sebenarnya Maya bagaikan tidak mahu tahu apa yang telah berlaku atau pun
bakal terjadi. Namun suaminya bagaikan sahabat. Ada masa dia akan
menjadi seorang pendengar. Maya menantikan cerita dari Iskandar dengan
penuh sabar.
“Mama,” Hanya perkataan itulah yang menjadi permulaan ayat bagi
Iskandar. Dia cuba untuk menyusun ayat agar hati Maya tidak terluka.
Kalau ditanya setiap isteri, walau sedikit pasti akan terluka dengan apa
yang bakal dikatakan nanti.
Share this novel