Iskandar mengeluh perlahan. Dia mati dengan kata-kata. Hati Iskandar
mula dilanda delima. Ditelan mati emak, dia luah mati bapak. Suasana
sunyi seketika. Maya dapat merasakan betapa ibu mertuanya ingin sangat
menimang cahaya mata. Puan Julia kemudiannya memandang kepada Maya.
“Tak apalah, tinggalkan mama sorang. Ada anak dengan menantu pun tak
boleh nak harap.” Maya sudah pun mengalirkan air mata.
“Mama, janganlah buat kami macam ni. Kami sayangkan mama.” Tutur Maya sayu.
“Tinggalkan mama.” Tegas puan Julia.
Hati Maya dijerut rasa bersalah yang amat sangat. Wajah ibu mertua dan
suami dipandang silih berganti. Kedua-duanya adalah insan yang paling
disayangi. Namun di dalam hati sering kali bertanya adakah dia sudah
bersedia untuk berkongsi kasih. Dia tidak mahu kehilangan suami dan ibu
mertuanya juga sudah dianggap sebagai ibunya sendiri memandangkan dia
sudah lama kehilagan ibu yang tersayang. Walai bagaimana pun demi orang
yang tersayang dia perlu berkorban.
“Mama… abang…” Getaran suara Maya membuatkan Iskandar memadang sayu
kepada Maya.
“Jangan sayang.” Iskandar bagai sudah tahu apa yang bakal dikatakan.
“Demi insan yang Maya sayang, Maya sanggup berkorban.” Akhirnya Maya
melepaskan satu keputusan yang dirasakan amat berat sekali.
“Maya!” Suara Iskandar meninggi.
Mendengarkan keputusan dari Maya itu membuatkan senyuman puan Julia
melebar. Betapa gembira pun Julia mendengar kata-kata Maya itu.
“Sampai hati mama, kan. Sanggup melukakan hati yang selama ini insan
yang mama sayang. Bukan ke mama sayangkan Maya?”
“Dah, bulan depan kamu menikah.”
Bagaikan sesak nafas Maya bila mendengarkan cadangan puan Julia itu. Ah,
mengapakah begitu cepat?
“Mama,”
“Ini keputusan mama. Mama sudah pun carikan calon untuk Is.” Hati
Iskandar bagaikan perit. Menerima keputusan dari Maya dan mamanya
membuatkan dia merasakan sebagai mangsa yang akhirnya menghimpit
perasaannya sendiri.
“Mama,” Iskandar mengeluh.
Share this novel