“Mama sakit. Jom kita jenguk mama.” Pinta Iskandar. Mendengarkan berita
itu Maya akur dan segera mengekori Iskandar.
Iskandar mula rasa gelisah. Seram sejuk badannya bila mendengarkan suara
serak basah milik mamanya. Maya menggsok lembut di belakang suaminya
agar bersabar. Iskandar merasa lega dengan tindakan Maya yang cuba
menenangkan dirinya.
“Banyakkan sabar ye bang. Kita doakan mama tak ada-apa.”
Iskandar tersenyum.
“Terima kasih, sayang.” Maya membalas senyuman Iskandar sambil merenung
lembut kepada lelaki itu.
Iskandar dan Maya melangkah masuk ke dalam rumah banglo tiga tingkat
itu. Kedatangan mereka kemudiannya disambut oleh Mak Lijah, pembantu
rumah itu.
“Eh, encik Iskdandar dengan puan Maya datang. Jemputlah masuk.” Ramah
sahaja Mak Lijah menyambut pasangan itu.
“Mama mana Mak Lijah?”
“Dia ada kat atas tu. Tengah rehat.”
Iskandar dan Maya terus sahaja menaiki tangga menuju ke bilik puan
Julia. Hati Maya mula berdegup kencang. Dengan perlahan, mereka
melangkah masuk ke dalam bilik yang serba mewah itu. Iskandar dan Maya
terus mendapatkan puan Julia dan bersalam dengan wanita itu. Namun Maya
agak terasa apabila puan Julia segera menarik tangan apabila mereka
bersalam.
“Mama sihat?”
“Kau tak nampak ke aku dah terbaring atas katil ni?” Maya terkedu. Aduh!
Mungkin salah soalan yang telah ditanya.
“Mama….” Iskandar turut terasa apabila melihatkan isterinya diperlaku
seperti orang luar.
“Mama sakit, Is.” Renggek puan Julia. Maya masih lagi setia di sisi puan
Julia.
“Kita pergi klinik nak mama?” Kali ini Maya memujuk. Sebolehnya dia
menolak ketepi dengan apa yang telah diperlakukan oleh ibu mertuanya tadi.
Puan Julia menggelengkan kepala.
“Jomlah mama. Is bawakan.” Pujuk Iskandar pula.
“Mama tak nak. Biar mama kat sini. Biar je mama mati.” Iskandar dan Maya
tersentak.
“Mama janganlah cakap macam tu. Kami sayangkan mama.”
“Tak, korang tak sayangkan mama. Kalau korang sayangkan mama tak ada lah
Is ingkar cakap mama. Tak ada lah Maya tak nak lepaskan Is.” Sekali lagi
Maya tersentak. Dia tidak sangka ibu mertuanya sanggup berkata begitu.
“Mama, bukan ke mama sayangkan Maya?”
“Tapi Maya tak sayangkan mama, kan?”
“Mama, Maya sayangkan mama.”
“Kalau Maya sayangkan mama, mama mohon sangat dengan Maya izinkan Is
kahwin lain.” Maya memandang kepada Iskandar. Iskandar menggelengkan
kepala. Mungkin dia tidak sangka dengan apa yang dikatakan oleh mamanya.
“Mama, sebagai seorang wanita mama kena fikir apa yang sedang mama
katakan. Mama tak kesiankan Maya ke?”
“Dan Is tak kesiankan mama ke? dah bertahun mama tunggu nak timang cucu.”
“Mama, kami baru je kahwin tiga tahun. Bagilah kami masa. Bukan kami
yang tak nak, mama. Cuma rezeki kami je yang belum sampai lagi.”
“Nak tunggu sampai bila lagi? Tiga puluh tahun lagi? Atau nak tunggu
mama tak bernyawa? Semua kawan-kawan mama dah timang cucu, Is.” Air mata
puan Julia mula mengalir. Melihatkan air mata puan Julia, hati Maya pula
yang bagaikan terseksa.
Share this novel