Air mata Maya mengalir perlahan. Ya, demi membahagiakan insan yang
tersayang dia saggup buat apa sahaja walau pun dia sendiri yang menjadi
korban.
“Biarlah akak yang terseksa asalkan abang Is dan mama dapat apa yang
mereka hajati. Walau bagaimana pun akak yakin yang Dania boleh
membahagiakan abang Is dan mama. Tahniah akak ucapkan.”
“Tahniah untuk apa kak?”
“Pernikahan Dania dengan abang Is. Abang Is mana?”
“Abang Is?”
“Assalamualaikum!” Maya berpaling. Wajah Iskandar dan ibu mertuanya
silih berganti.
“Abang.” Maya mendapatkan Iskandar dan terus bersalam dengan Iskandar.
Kemudiannya dia mendapatkan ibu mertuanya dan lantas memeluk erat wanita
itu.
“Tahniah, bang.” Iskandar senyum. Namun tiada riak gembira di wajah puan
Julia.
“Mama, kenapa ni?”
Iskandar bertindak melingkari tangannya di pinggang Maya. Maya sedikit
tidak selesa apabila Dania masih ada di situ. Nanti apa pula kata Dania.
“Auntie dengar kan?” Puan Julia mengangguk. Dia meyalahkan dirinya
sendiri kerana terlalu mementingkan diri. Dia tidak menyangka betapa
menatunya itu begitu menyayanginya.
“Maafkan mama, Maya.”
“Mama, apa yang mama cakapkan ni?”
“Mama tak pandang kasih sayang Maya.”
“Mama, sudahlah tu.”
“Mama janji yang mama tak akan ungkit lagi soal anak dengan Maya. Apa
yang penting mama nak Maya bahagia dengan Is.” Maya mengerutkan dahinya.
Berubah sungguh ibu mertuanya itu. Dia memandang kepada Iskandar dan Dania.
“Apa maksud semua ni bang?”
“Kami tak jadi kahwin.”
“Hah?”
“Ye, kak. Dania sendiri tak sanggup melihat kebahagiaan akak dengan
abang Is hancur disebabkan Dania. Akak beruntung dapat abang Is. Dia
seorang yang setia dan seboleh-bolehnya tidak mahu lepaskan akak. Dia
begitu sayangkan akak.”
Dania tersenyum. Pertemuannya dengan Iskandar telah mengubah
keputusannya. Dia tidak mahu meruntuhkan kebahagiaan orang lain. Ianya
tidak adil juga kepada Maya yang begitu setia dengan Iskandar.
“Saya kagum dengan akak yang sanggup berkorban. Abang Is bukan hak
Dania, dia hak akak. Dia lebih sayangkan akak. Dia tidak sesuai dengan
Dania sebab dia begitu sempurna buat akak.”
“Ye sayang. Minah ni lah, boleh pulak dia jerit tidak masa nikah tadi.”
Ujar Iskandar.
“Saya tak sanggup, kak.” Maya tidak berkata apa, sebaliknya dia memeluk
Dania tanda terima kasih.
“Terima kasih, Dania.”
Share this novel