BAB 6

Humor Completed 44767

“Nak beli buah hari ni En Ikmal?” Soal Pak mat sambil memerhati dari cermin memandu.

“Emm.” Jawab Ikmal pendek. Fikirannya masih berserabut dengan persoalan untuk mencarikan isteri untuk dipertemukan dengan mamanya. Kelihatan mamat.. penghantar buah di gerai apek tersebut. Eh! Dia tu bukan mamat, tapi minahlah. Buat apalah orang perempuan susah-susah buat kerja macam ni. Ah! Apa nak sibukkan hal orang, hal sendiri pun belum selesai.

“Pak Mat, stop, stop. Jangan jalan lagi. Pak Mat tanya budak tu, dia nak tak jadi isteri saya?” Terbeliak mata Pak Mat bila disuruh berbuat begitu oleh Ikmal. Pak Mat sudah diceritakan oleh Ikmal perihal ibunya mahu bertemu dengan isterinya itu.

Tapi biar betul, takkan buadak perempuan ni yang dipilih untuk dijadikan isteri olok-oloknya. Apa kata puan Hendon nanti?

“Takkan dia ni En Ikmal?” Tanya Pak Mat masih ragu-ragu.

“Cepatlah Pak Mat.. dia dah nak pergi tu..” Kata Ikmal sudah tidak sabar. Dia terus keluar dari kereta bila melihat Aishah sudah mula untuk masuk ke dalam vannya.

“Tunggu!” Panggil Ikmal membuat Aishah merasa amat terkejut.

“Orang ni panggil akukah? Apa yang aku dah buat?” Risau hati Aishah melihat lelaki tersebut semakin mendekatinya. Sahlah memang lelaki tersebut memanggilnya.

“Awak!’’ Ikmal hilang kata-kata.

Apa yang hendak diberitahu pada gadis tersebut. “Awak dah kahwin?” Berkerut dahi Aishah bila disoal begitu. Apa hal pula lelaki ni hendak tahu samada dia dah kahwin atau belum, nak ajak aku kahwin ke? Ikmal sudah mati kutu. Dia berpusing kebelakang mencari wajah Pak Mat.

“Pak Mat tolong saya terangkan hal yang sebenarnya..” Rayu Ikmal pada Pak Mat.

Rasa mahu saja Pak Mak ketawa melihat airmuka Ikmal pada waktu itu. Tidak disangka, majikannya yang berwibawa dan mampu menjalankan sebuah perniagaan besar, mati akal dalam hal ini.

Pak Mat akhirnya menerangkan hal yang sebenarnya pada Aishah setelah memperkenalkan dirinya.

“Ohh! Saya ingat tadi saya ada buat salah apa ke..” Kata Aishah tersenyum setelah mendengar cerita dari Pak Mat.

“Macam mana? Awak boleh tak tolong saya?” Soal Ikmal penuh mengharap. “Awak kerja susah-susah ni bukan dapat gaji banyak pun. Awak kerja dengan saya, tak lama sebulan saja. Berapa awak nak? Saya sanggup bayar?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience