BAB 2

Humor Completed 44767

Dua tahun dahulu dia berjumpa Alia yang merayau mencari kotak untuk dijual bagi mendapatkan sesuap nasi. Belas rasanya melihat kehidupan Alia dan ibunya yang amat daif, namun apakan daya dia sendiri pun hidup dengan mengharapka pinjaman yang diperolehinya. Namun begitu setiap hujung minggu dia akan selalu bersama Alia dan ibunya di pondok buruk mereka. Sekarang mereka sudah begitu rapat sehingga dirasakan seolah-olah Alia seperti saudaranya sendiri. Kini Alia perlu jalani pembedahan pula kerana penyakit jantung berlubang. Pening Ashah memikirkan hal tersebut.

Hari ini dia akan mula bekerja dengan Apek Lim untuk menghantar buah mempelam dari ladang kepada pelanggan-pelanggannya. Nasib baik dia ada lesen memandu bolehlah dia mendapat pekerjaan tersebut. Mampukah dia mengangkat kotak-kotak buah-buahan itu nanti?

Cubalah, lagipun Apek Lim sudah menyediakan troli bagi dia mengangkut buah-buahan tersebut. Kerja yang agak berat, tetapi Apek Lim sudah berjanji untuk memberi lima puluh ringgit sehari padanya. Itupun setelah puas dia memujuk. Siapalah yang hendakkan pekerja perempuan sepertinya yang kudratnya pun tidak seberapa!

“En Ikmal nak beli buah hari ni?” Tanya Pak Mat driver kepada majikannya.

“Boleh juga Pak Mat. Buah kat rumah tu pun dah habis.” Jawab Ikmal sambil membelek majalah ditangannya.

Pak Mat berhenti di pinggir jalan dekat dengan sebuah gerai buah-buahan.

“Apek, buah mempelam ada?” Tanya Pak mat pada penjual buah yang sudah kenal benar dengannya, maklumlah dia sudah menjadi pelanggan tetap di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience