BAB 12

Humor Completed 44767

“Eh! Nadia.. masuklah.” Begitu girang sekali puan Hendon menyambut tetamunya.

“Rindu aunty dekat Nadia, lama kita tak jumpakan?”

“Tulah aunty, balik pun tak kasi tahu Nadia, ini pun nasib baik mummy cakap tadi. Kalau tidak entah aunty dah sampai London balik pun Nadia tak tahu yang aunty balik ke sini.”

“Maaflah Nadia, aunty lupalah nak bagi tahu Nadia, terima kasihlah Nadia sudi juga datang rumah aunty.” Sebenarnya bukan dia tidak ingat pada Nadia, memandangkan Ikmal sudah ada pilihan sendiri dia tidak mahu lagi begitu rapat dengan Nadia. Tidak mahu kalau-kalau Nadia berharap untuk menjadi menantunya.

“Siapa tu aunty?” Soal Nadia pada puan Hendon bila dia melihat Ikmal beriringan dengan Aishah masuk ke ruang tamu.

“Mari Aishah mama kenalkan. Ha! Inilah isteri Ikmal, Aishah. Aishah, ini anak kawan mama Nadia.” Beritahu puan Hendon dengan senyum lebar pada Aishah dan Nadia.

“Ha.. Mal dah kahwin? Bila? Dia tak tahu pun. Tipulah.. mustahil Dia tak tahu kalau Mal dah kahwin.” Kata Nadia bersungguh-sungguh. Sungguh dia tidak percaya kalau Ikmal sudah menikah dengan Aishah.

“Apa pulak tipunya, betullah Mal dah kahwin.” Cepat saja Ikmal menjawab. Takut kalau rahsianya terbocor. “Takkan Mal nak kahwin nak kena canang satu Malaysia pula.”

“Mal jangan tipulah.. kalau betul Mal kahwin, kenapa tak ada orang pun yang bagitau Dia? Takkan tak ada orang yang tahu langsung tentang perkahwinan Mal?” Nadia masih mempertikaikan kata-kata Ikmal. Tidak disangkanya Ikmal sudah berkahwin sedangkan dia memang berharap untuk menjadi suri hidup Ikmal, sejak dari lama dulu. Kalau betul Ikmal sudah berkahwin, maknanya hancurlah impiannya untuk hidup bersama Ikmal.

“Mana Mal tahu tak ada orang beritahu Dia, lagipun bukannya penting pun untuk Dia tahu. Tak ada faedah pun.” Jawab Ikmal lagi pura-pura tenang.

“Aunty percaya yang dia orang dah kahwin?”

“Percayalah, takkanlah Ikmal nak tipu aunty pula.” Jawab puan Hendon yang sudah ketawa mendengar soalan Nadia.

“Nadia tak percaya. Baik kalau betul Mal dah kahwin tunjukkan pada Dia surat nikah Mal. Lepas tu Dia janji takkan kacau Mal lagi.” Bagai terkena ledakan bom di Hiroshima, Ikmal terus memandang mamanya.

“Apa ni sibuk-sibuk nak tengok orang punya surat nikah. Dah jadi pencegah maksiat ke?” Soal Ikmal menyindir Nadia, namun hatinya semakin kecut pula takut ibunya juga akan menyarakan benda yang sama.

“Susah apa Mal tunjuk jelah surat nikah tu..” jawab puan Hendon pula dengan senyuman. Gelihati dia bila Nadia bersungguh-sungguh tidak percaya yang Ikmal dah kahwin. Tentu Nadia mencintai anaknya itu, fikir puan Hendon. Ikmal hanya memandang Aishah tanpa kata. Apa yang dapat dilakukan lagi.. aduh habislah macam ni.

“Kenapa ni Mal? Macam ayam berak kapur saja?” Soal puan Hendon hairan bila dilihatnya wajah Ikmal sudah berubah. Aishah pula hanya diam menunduk memandang lantai.

“Betullah tu aunty, dia tak kahwin lagi tu” Kata Nadia sambil mencebikkan mukanya.

“Mal, Aishah.. betulkah apa yang Nadia cakapkan ni? Aishah..?” Puan Hendon terus mendesak mereka berdua. Aishah semakin kecut perut melihat wajah puan Hendon yang sudah kelihatan amat serius sekali, sementara Nadia pula sudah tersenyum tanda kemenangan.

“Betullah cakap Nadia ni? Kenapa kau orang tipu mama?” Soal puan Hendon sedih mengenangkan dia sudah ditipu hidup-hidup oleh anaknya sendiri.

“Maafkan Ikmal ma.. Ikmal sebenarnya” Kata-kata Ikmal mati bila dilihat Aishah sudah mula tersedu kecil. Tentu takut dimarah oleh ibunya. Lantak dialah nak kena marah. Masalah aku ni lagi besar sekarang.

“Sebenarnya apa?” Tengking puan Hendon, marah.

“Sebenarnya ma, Ikmal tak nak mama kahwinkan Ikmal dengan Nadia. Ikmal tak suka dia..” Lancar Ikmal menjawab setelah ditengking ibunya.

“Kami tak sesuai ma.” Mahu saja dia menyatakan kebenciannya pada Nadia yang gedik itu. Namun tidak baik pula rasanya menjatuhkan airmuka orang lain.

“Habis Aishah ni siapa?” Soal pun Hendon dengan mata yang membulat melihat pada Aishah.

“Ikmal… Ikmal upah dia ma untuk berlakon sebagai isteri Mal.. dia tak salah ma..dia hanya.”

“Perempuan mata duitan. Tidak disangka rupanya selama ini kau hanya main-mainkan aku saja. Aku betul-betul anggap kau sebagai anak, rupanya kau hanya pentingkan wang ringgit. Sia-sia saja aku layan kau macam seorang anak. Berapa banyak yang kau bayar dia ni? Tentu banyakkan?” Asak puan Hendon lagi. Ikmal hanya berdiam diri, takut jawapannya akan membuat ibunya semakin marah pula nanti.

“Besok mama akan masuk meminang Nadia. Mama tak peduli samada Ikmal nak ataupun tidak.” Tegas sekali bunyi suara puan Hendon. Kali ini Ikmal sudah tidak mampu untuk menjawab lagi.

“Dan kau, perempuan tak guna, sila berambus dari ini. Aku dah loya tengok muka kau.. berambus¦ cepat!”

Aishah memandang wajah Ikmal menharap simpati, malangnya Ikmal hanya berdiam diri. Dia sedar dia bukan siapa-siapa di sisi Ikmal untuk dibela dan dikasihani.

Akhirnya perkara yang selama ini ditakutinya terjadi juga. Dia sedar memang dia bersalah mempermainkan perasaan puan Hendon, apakan daya nasi sudah menjadi bubur. Perlahan Aishah bangun dari tempatnya. Sempat dia meminta maaf dari puan Hendon wlalaupun tiada sebarang reaksi pun dari puan Hendon padanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience