BAB 4

Humor Completed 44767

“Ikmal, bila mama balik nanti mama nak langsungkan pertunangan kamu dengan Nadia tu, kalau sempat mama nak kamu nikah sekali.” Kata puan Hasnah pada Ikmal anak tunggalnya. Terlopong Ikmal mendengar kata-kata ibunya itu. Nak suruh dia kahwin, main paksa-paksa pula tu. Tambahan pula dengan Nadia, perempuan yang selalu pakai baju tidak cukup kain tu..!! Minta simpang malaikat empat-puluh empat.

Apa nak buat ni.? Dua hari lagi mamanya akan balik dari London. Sebulan mamanya dekat sini, tentu dia akan kotakan apa yang dikatakannya tadi.

“Mana boleh ma?”

“Kenapa tak boleh? Kamu tu bujang teruna, Nadia tu anak dara. Kalau kamu tu sudah beristeri tu lainlah. Mama tak kira, kamu kena kahwin juga. Umur dah dekat tiga puluh, nak tunggu apa lagi? Atau kamu dah kahwin senyap-senyap masa mama tak ada ni?”

“Tulah sebabnya ma..”

“Kamu dah kahwin? Tak bagi tahu mama pun. Betuah punya budak!” Kata puan Hendon, geram dengan perangai anaknya itu. Nasib baik dia belum berjanji apa-apa dengan orang tua Nadia, kalau tidak mana hendak diletakkan muka, tentu malu bila terpaksa batalkan hasrat hatinya.

“Bila pula aku cakap aku dah kahwin? Mama ni orang nak cakap lain dia maksudkan lain pula. Biarlah. Lepas ni tentu dia tak paksa aku lagi.” Ikmal tersenyum sendirian. “Ala mama sebulan saja kat sini, nanti cakaplah aku baru nikah, belum buat majlis bersanding lagi, sebab tu isteri aku tidak tinggal sekali dengan aku..”

“Ikmal.. kenapa diam saja?”

“Tak adalah ma, Mal cuma takut mama marah saja. Bukan apa Mal tak nak susahkan mama dan papa, Mal ingat nanti bila hendak kenduri baru nak suruh mama balik.”

“Bila kendurinya?”

“Empat bulan lagi ma.” Jawab Ikmal sudah mula menipu mamanya.

“Apa lama sangat?” Tanya puan Hendon lagi kurang senang.

“Ala banyak soal pula mama ni..” Gerutu Ikmal dalam hati.

“Dah isteri Mal tu belum bersedia lagi..” Senang saja Ikmal memberi jawapan. Semuga mamanya tidak akan banyak soal lagi selepas ini.

“Mama tak peduli, nanti bila mama pulang mama nak jumpa isteri kamu, mama nak bebincang dengan dia.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience