BAB 13

Humor Completed 44767

Aishah semakin cemas bila mendapat panggilan dari doktor Latiff. Belum selesai masalahnya dengan Ikmal kini dia diberitahu pula yang keadaan Alia semakin tenat. Pembedahan perlu dilakukan dalam waktu yang terdekat. Apa ikhtiarnya lagi. Dia hanya mampu berjanji pada doktor Latiff untuk mencukupkan wang deposit secepat mungkin.

Dengan perasaan yang berkecamuk, nombor talipon Ikmal ditekannya. Wang gajiannya sebanyak lima ribu masih belum dibayar Ikmal. Itu saja satu-satunya harapan yang tinggal. Semuga Ikmal tidak akan mungkir, setelah rahsianya terbongkar. Walaupun tidak cukup sebulan, namun sudah hamper empat minggu Aishah berlakon sebagai isteri Ikmal. Kalau tidak semua, dapat setengah bayaran pun jadilah supaya dia dapat mencukupkan bayaran deposit untuk pembedahan Alia.

Lega sedikit rasanya bila Ikmal menyuruhnya tunggu sehingga dia datang. Tidak sabar rasanya menunggu Ikmal tiba. Sejak tadi Aishah sudah meninjau-ninjau di muka pintu. Risau dia sekiranya Ikmal mungkir janji. Nafas lega dilepaskan tatkala melihat kereta Ikmal sudah masuk ke perkarangan rumah sewanya.

Ikmal masuk kedalam rumah dengan wajah yang masam. Geram hatinya bila Aishah meminta lagi separuh bayaran gajinya, sedangkan rancangannya untuk mengelabui mata ibunya sudah gagal.

“Kau jangan ingat aku datang sini sebab nak bagi duit dekat engkau. Aku nak kau keluar dari sini sekarang. Rumah ni akan aku kembalikan pada tuannya semula. Kalau kau nak tinggal kat sini lagi kau bayarlah sendiri sewanya. Aku tak nak campur lagi semua urusan kau.

Bagai direnggut jantung Aishah bila mendengar kata-kata Ikmal. Dia perlukan bayaran dari Ikmal.

“En Ikmal, tolonglah bayar duit upah saya. Saya benar-benar terdesak. Saya perlukan wang.. Kalau En Ikmal tidak mahu bayar semua, bayar dua ribu pun jadilah. Itu sudah cukup buat saya.”

“Eh tak cukup lagi apa yang aku dah bagi pada kau. Banyak duit aku dah habis pada kau. Perempuan mata duitan macam kau ni memang tak pernah cukup dengan apa yang ada.” Cemuh Ikmal pada Aishah membuat hati Aishah bagai disayat-sayat rasanya. Kalau bukan kerana Alia, dia juga tidak keberatan jika tidak dibayar oleh Ikmal. Dia sudah tiada jalan lain lagi.

“Tolonglah En Ikmal, saya perlukan duit tu. En Ikmal tak boleh mungkir janji.”

“Kau ni memang tak guna..! Kau nak dapat duit dengan senang ye.. kenapa kau tak jadi pelacur saja.. kan boleh cepat kaya dan hidup senang.” Airmata Aishah sudah tidak dapat dibendung lagi. Sampai hati Ikmal memandang begitu rendah padanya.

“Ok aku akan bagi kau duit..” kata Ikmal sambil menarik kuat tangan Aishah. Tubuh Aishah didorongnya masuk kebilik. Di dalam bilik tubuh tersebut terus di tolaknya tanpa belas ke atas katil.

“En Ikmal.. apa ni? Tolong jangan buat macam ni. Saya tak nak duit awak lagi.. tolong lepaskan saya..”

Ikmal sudah semakin hilang arah. Dia mula meneroka setiap inci wajah Aishah.

“Awakkan dapat bayaran sebagai isteri saya. Kenapa saya patut lepasakan awak. Awak nak duitkan.. saya akan bagi awak duit. Perempuan macam awak ni tak sepatutnya dilayan denga baik. Pisau cukur..”

Aishah sudah mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri. Sudah habis kudratnya melawan tindakan ganas Ikmal yang semakin menggila. Hanya tangisannya sahaja yang semakin kuat kedengaran. Tiba-tiba Ikmal melepaskannya sambil mengucap panjang. Sakit hatinya pada Aishah benar-benar membuat dia gila.

“Maaf, saya tak berniat nak buat awak macam ni.” Katanya setelah duduk disisi Aishah yang masih kuat teresak-esak.

Ikmal melangkah keluar dari bilik. Nasib baik dia tersedar, sebelum bertindak lebih jauh. Tiada sedikit pun niatnya untuk melampiaskan nafsu pada Aishah. Dia cuma ingin melepaskan rasa sakit hatinya pada Aishah dan mungkin juga pada ibunya yang memaksa dia untuk berkahwin dengan Nadia.

Panggilan talipon yang berbunyi kuat membuat Ikmal tersedar setelah melamun jauh.

“Mal cepat pulang, mama kamu sakit ni.” Beritahu Mak Yam orang gaji di rumahnya. Ikmal terus pulang kerumahnya tanpa memperdulikan keadaan Aishah yang ditinggalkannya di bilik tadi. Mungkin ibunya terlalu memikirkan perbuatannya sehingga sakit jantungnya datang lagi. Ya Allah, aku berdosa pada ibuku. Kau selamatkanlah ibuku ya Allah..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience