BAB 10

Humor Completed 44767

Hari ini genap seminggu Aishah bekerja dengan Ikmal. Wang pendahuluan lima ribu sudah diterimanya. Aishah terus sahaja ke hospital untuk bertemu dengan doktor Latiff, doktor yang merawat Alia. Wang sebanyak lapan ribu diserahkan pada doktor tersebut sambil berjanji untuk memberikan baki deposit sebanyak dua ribu lagi sebelum pembedahan dijalankan.

Selalunya hujung minggu seperti ini Aishah akan bersama dengan Alia dan Mak Som di pondok mereka, namun sejak dia berpindah kerumah yang disewa oleh Ikmal dia sudah tidak dapat bersama mereka lagi.

Mahu saja rasanya dia membawa Alia dan Mak Som tinggal sekali dengannya disitu, tapi takut juga kalau puan Hendon tiba-tiba terjengol di rumah itu nanti dan dilihatnya ada orang lain di situ, susah pula hendak menjawab.

Aishah memerhatikan sekeliling rumah sewa tersebut, semuanya lengkap. Ada dapur untuk memasak, telivisyen, peti sejuk dan macam-macam peralatan lagi. Semuanya di suruh beli oleh mama Ikmal untuknya, kalau hendak harapkan Ikmal, tidak merasalah dia hidup selesa begitu.

Bagaimana agaknya jika puan Hendon dapat tahu keadaan sebenar nanti? Lambat laun perkara ini pasti akan terbongkar. Apa yang akan Ikmal lakukan? Kasihan juga rasa hati Aishah pada ‘ibu mertuanya’ itu.

Bagaimana jika puan Hendon tidak pulang semula ke London selepas sebulan, masihkah Ikmal akan menipu ibunya? Termangu-mangu Aishah memikirkan perkara tersebut.

Puan Hendon begitu baik terhadapnya, malah dia dia sudah dianggap seperti anak sendiri. Mengapa dulu dia tidak memikirkan hal ini? Yang penting baginya hanyalah wang, tapi sekarang Aishah mula rasa bersalah yang amat sangat. Dia pasti puan Hendon akan terluka hatinya akibat dari lakonannya dan Ikmal. Ah! Semakin susah rasnya situasi yang akan dihadapinya nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience