BAB 14

Humor Completed 44767

Ikmal keluar untuk berehat sekejap di ruang legar hospital. Nasib baik ibunya sudah semakin pulih. Dia tidak akan dapat memaafkan dirinya sekiranya sesuatu terjadi pada ibunya. Setelah lama di situ dia beransur semula ke bilik ibunya. Takut juga jika berlaku sesuatu nanti bila ditinggalkan terlalu lama. Mungkin ibunya yang ditinggalkan dalam keadaan tidur tadi sudah bangun.

“Doktor, tolonglah. Saya janji saya akan bayar duit tu kemudian. Tolong selamatkan Alia doktor.” Terdengar suara yang seakan-akan dikenalinya merayu-rayu pada seorang doktor. Ikmal memalingkan tubuhnya untuk melihat siapa gerangan tuan punya suara. Memang sah itu adalah Aishah. Walaupun Aishah membelakanginya tidak mungkin dia akan melupakan gadis yang pernah ujud dalam hidupnya itu.

“Maafkan saya. Procedure di sini melarang kami untuk berbuat demikian. Saya faham keadaan awak, tapi saya tidak boleh berbuat apa-apa. Selagi awak tidak bayar wang lagi dua ribu itu, pembedahan tidak akan dilakukankan. Maafkan saya Aishah, saya tak dapat hendak menolong lagi.” Kata Doktor Latiff meninggalkan Aishah dengan kekusutan yang melanda dirinya.

Kenapa pula dia ni merayu-rayu begitu pada doktor tersebut. Setahunya Aishah sebatang kara, siapa pula Alia yang disebutkan tadi. Patutlah dia meminta lagi dua ribu semalam. Tentu untuk bayaran pembedahan tersebut. Ikmal termangu sendiri memikirkan apa yang sebenarnya dialami oleh Aishah. Dia ingin bertanya, tapi Aishah sudah tidak kelihatan disitu.

Cepat langkahnya mencari doktor yang bercakap dengan Aishah tadi. Setelah diterangkan oleh doktor Latiff fahamlah Ikmal kedudukan sebenar tentang Aishah. Menyesal rasanya dia memperlakukan dan menuduh Aishah begitu semalam.

Aishah ke hospital lagi untuk melawat Alia pada petang tersebut. Habis sudah usahanya untuk mendapatkan wang buat Alia. Berita yang disampaikan oleh Mak Som benar-benar mengejutkannya. Hampir sahaja dia menjerit kegembiraan. Terus Aishah memanjatkan rasa syukurnya pada Allah S.W.T.

“Ha! Aishah inilah orang yang dah bayarkan perbelanjaan untuk pembedahan Alia tu.” Beritahu Mak Som bila seseorang memasuki bilik Alia. Terkejut Aishah melihat Ikmal di situ. Dia diam seribu bahasa. Tidak tahu bagaimana harus beriaksi.

“Nasib baik ada En ni yang sudi menolong. Kalau tidak entahlah macam mana nasib Alia ni.” Sambung Mak Som lagi. Gembira sekali dia bila Ikmal bersetuju untuk mengeluarkan biaya pembedahan untuk Alia.

“Terima kasih En Ikmal.” Ucap Aishah perlahan. Dia tidak kisah kalau Mak Som tidak tahu yang dia sudah membayar sebahagian belanja untuk pembedahan tersebut. Sebahagian besar wang tersebut adalah pemberian Ikmal juga. “Macam mana En Ikmal boleh ada kat sini?” Soal Aishah ingin tahu. Dia hairan bagaimana Ikmal boleh berjumpa dengan Alia di situ, padahal dia tidak pernah menceritakan pada Ikmal pun tentang Alia.

“Sebenarnya saya bawa mama ke sini..”

“Mama.. maksud saya mama En Ikmal, kenapa dengan dia? Apa dah jadi?” Begitu khuatir sekali kedengarannya suara Aishah. Risau dia akan keadaan puan Hendon. Sedikit banyak tentu dia juga yang menjadi penyebab atas apa yang berlaku.

“Mama diserang sakit jantung semalam. Tapi dia dak agak pulih sekarang. Aishah nak lewat mama?” Tanya Ikmal ikhlas. Teragak-agak Aishah untuk menjawab. Hatinya teringin sangat untuk melawat puan Hendon. Bolehkah puan Hendon memaafkannya?

“Jom.” Ajak Ikmal sudah menarik tangan Aishah untuk bersamanya. Sampai di pertengahan jalan Aishah terhenti. Semakin berdebar hatinya, masih takut untuk berhadapan dengan puan Hendon. Silap-silap semakin teruk pula sakit puan Hendon nanti bila melihat dia.

“Aishah tak perlu bimbang, mama dah tahu semuanya. Dia pun dah menyesal tuduh Aishah macam tu hari tu. Sebenarnya saya juga nak minta maaf atas apa yang telah saya lakukan. Saya malu dengan kelakuan saya semalam. Aishah boleh maafkan sayakan?”

“Semalam kan En Ikmal dah minta maaf. Tak payahlah kita fikirkan lagi hal tu. Saya yang sepatutnya berterima kasih kerana En Ikmal sudi membantu Alia.” Kata Aishah dengan senyuman nipis di bibir. Bohong sekiranya dia katakana tidak sakit hati dengan perbuatan Ikmal. Kesudian Ikmal untuk menolong Alia sebenarnya telah menutup rasa marahnya pada Ikmal.

“Ma, tengok siapa yang datang ni?” Kata Ikmal sebaik masuk ke bilik ibunya. Puan Hendon tersenyum memandang Aishah. Sejuk rasa hatinya bila mendengar yang Aishah sebenarnya sedang mencari wang bagi membaiyai pembedahan Alia.

“Macam mana keadaan makcik sekarang? Maafkan Aishah sebab Aishah yang menjadi penyebab pada keadaan makcik. Aishah hanya pentingkan diri Aishah tanpa memikirkan akibatnya pada makcik.”

“Aishah.. kenapa pula panggail makcik, panggil mama macam selalu kan bagus.” Pinta puan Hendon pada Aishah. Terasa janggal pula bila Aishah menukar panggilan mama kepada panggilan makcik.

“Tidak makcik, Aishah tak layak untuk memanggil makcik dengan panggilan mama. Aishah bukan sebaik yang makcik sangkakan. Maafkan Aishah makcik.”

Aishah membuka beg sandang yang dibawanya. Talipon bimbit yang dipinjamkan Ikmal padanya diletakkan diatas meja disisi katil puan Hendon.

“Makcik, En Ikmal, Aishah balik dulu.” Kata Aishah sudah mula untuk melangkah, tepat disaat Nadia masuk kebilik tersebut bersama keluarganya.

“Eh! Pompuan sial, buat apa kau kat sini ha? Belahlah. Kau tahu kenapa aunty jatuh sakit? Semua sebab kau. Pompuan tak guna!” Kata-kata kesat yang dilemparkan oleh Nadia membuat Aishah semakin merasa dirinya terlalu kerdil bersama mereka. Cepat kakinya melangkah pergi tanpa menghiraukan panggilan Ikmal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience