BAB 9

Humor Completed 44767

“Aishah, petang nanti awak siap cantik-cantik, mama nak ajak awak pergi shopping.” Perintah Ikmal pada Aishah melaluui talipon. Sebuah talipon bimbit sudah diberikan pada Aishah supaya senang untuk dihubungi. Bukannya beri terus, cuma dipinjamkan sahaja sehingga semua kerja selesai. Dah minta bayaran tinggi, takkan talipon pun dia yang hendak kena belikan. Hendak harap Aishah beli sendiri,huh.. kedekut nak mampus.

“Nak shopping? Kat mana?”

“Mana-mama jelah. Ikut sajalah nanti. Banyak songehlah awak ni.” Marah Ikmal lagi.

“Pukul berapa?” Tanya Aishah pula inginkan kepastian.

“Lebih kurang pukul tiga nanti saya datang. Jangan lambat pula, asyik terhegeh-hegeh pula nanti.” Tak habis-habis Ikmal mencemuhnya. Sabar sajalah Aishah, dah awak tu makan gaji..

Banyak betul barang yang dibeli oleh puan Hendon. Ada yang untuk dirinya sendiri dan banyak juga yang dibelikan untuk Aishah, maklumlah satu-satunya ‘menantu’ dia.

Takut juga Aishah menerima hadiah yang banyak begitu. Ye lah, dia cuma berlakon, bukan betul-betul jadi menantu puan Hendon.

Apa akan jadi nanti kalau puan Hendon dapat tahu yang mereka bukannya kahwin betul-betul sedangkan dia begitu percayakan Ikmal dan Aishah?

Sepanjang masa membeli-belah tersebut, Ikmal juga bukan main lagi berlagak seolah-sayang sangat pada Aishah. Tangan Aishah sentiasa digenggam kemas, sambil selalu menghadiahkan senyuman manis. Pandainya dia berlakon, padahal selalunya hanya kata-kata kasar yang dilemparkan pada Aishah.

Saat menghantar Aishah pulang terkejut puan Hendon melihat ‘menantunya’ itu tinggal dikawasan perumahan setinggan.

“Ya Allah Mal.. kenapa biar Aishah tinggal kat sini. Ish.. suami apa kamu ni sanggup biar isteri tinggal kat sini sedangkan kamu bersenang lenang kat rumah besar tu.” Rungut puan hendon pada anaknya.

“Dia yang tak nak pindah ma, bukan Mal tak suruh. Aishah kata nanti lepas kenduri baru dia nak pindah ke rumah kita tu.Tulah sayang, abang suruh pindah tak nak, kan abang dah kena marah dengan mama.” Kata Ikmal pada Aishah, pura-pura sedih. Dagu Aishah dicuitnya mesra, seolah sayang benar dia pada Aishah. Aishah hanya diam, tiada ayat yang mampu dikeluarkannya.

“Mama tak peduli, besok kamu cari rumah lain. Sewakan untuk Aishah buat sementara waktu. Kalau ikutkan mama, Aishah ni elok saja tinggal kat rumah kita tu.”

“Tak payah ma.. Aishah seganlah nak tinggal kat rumah mama tu.. Aishah tinggal sini saja.” Cepat Aishah menjawab sambil menelan liur. Buatnya dia dipaksa tinggal dirumah puan Hendon tak ke naya jawabnya.

“Kalau tak nak tinggal dengan mama, esok Ikmal mesti cari rumah sewa tu juga.” Perintah puan Hendon tegas. Semakin geram rasanya Ikmal bila terpaksa berbelanja lagi untuk Aishah. Namun dengan senyum dia hanya mengiakan suruhan ibunya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience