BAB 11

Humor Completed 44767

Lamunan Aishah terhenti bila taliponnya menjerit-jerit minta diangkat. Nama Ikmal tertera di skrin talipon tersebut. Tentu ada kerja buatnya hari ini.

“Awak siap sekarang, saya dalam perjalanan ni.” Pendek sahaja arahan Ikmal sebelum talian dimatikan.

“Dah dalam perjalanan baru nak call, tak cakap pula tu nak kemana. Dia ni memang menyusahkanlah. Mentang-mentang dia bayar gaji aku, ikut suka dia saja apa dia nak buat..” Rungut Aishah sendirian. Tangannya sudah ligat mencari pakaian yangs sesuai untuk dipakai. Sudah tidak ada masalah lagi untuk dia berpakaian cantik, banyak pakaian yang dihadiahkan oleh puan Hendon dan ‘terpaksa’ dihadiahkan oleh Ikmal padanya.

“Nak kemana?” Soal Aishah di dalam kereta.

“Ke rumah. Mama nak awak lunch dengan dinner kat sana hari ni.” Jawab Ikmal sebelum kedua-duanya hanya berdiam diri tanpa kata. Buat pertama kalinya hanya mereka berdua bersama tanpa ditemani oleh puan Hendon atau pun Pak Mat.

Tanpa disedari Aishah, Ikmal mencuri-curi mengamati wajahnya.

“Cantik juga ‘bini’ aku ni.” Bisik Ikmal nakal dalam hatinya. Jauh sekali dari keadaan Aishah sewaktu pertama kali dilihatnya dahulu, Aishah yang disebelahnya ini memang menawan dan nampak ayu.

“Kenapa gadis secantik Aishah ni sanggup bekerja teruk-teruk menjadi penghantar buah-buahan? Bukan tak boleh buat kerja yang ringan-ringan. Buat apalah nak kejar duit banyak-banyak..?” Hairan juga Ikmal memikirkan tentang Aishah. Apa pula yang akan Aishah lakukan selepas tamat bekerja dengannya nanti..?

Sesudah makan tengahari, Aishah mula mengemaskan meja dan membasuh pinggan. Ikmal pula sibuk saja menolong dia mengemas, memang tidak ubah seperti pasangan suami isteri sahaja lagak mereka berdua. Puan Hendon berasa bahagia melihat anak ‘menantunya’ yang nampak begitu bahagia sekali. Dia amat bersyukur akhirnya Ikmal yang selalunya sukar diajak berunding supaya berkahwin kini sudahpun beristeri. Walaupun isterinya bukan dari golongan berada, bagi puan Hendon itu tidak menjadi masalah. Tambahan pula Aishah dilihatnya begitu baik, bersopan dan selalu hormatkan dia dan anaknya.

Tiba-tiba loceng pintu berbunyi nyaring. Bergegas puan Hendon ke hadapan untuk membuka pintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience