BAB 15

Humor Completed 44767

Sudah hampir seminggu Alia dibedah, tentu dia sudah pulang ke rumah. Awal-awal lagi Aishah sudah tiba dirumah Mak Som. Hampa hatinya bila didapati rumah tersebut masih berkunci. Niatnya untuk bertemu Alia tidak akan tercapai lagi hari ini. Sejak bertemu Ikmal tempohari Aishah sudah tidak ke hospital lagi. Dia tidak sanggup lagi berhadapan dengan Ikmal dan puan Hendon, apalagi untuk bertemu dengan Nadia.

Aishah sudah berkira-kira untuk pulang bila dia dipanggil oleh Pak Mail, jiran Mak Som.

“Mak Som kamu dah tak tinggal disini lagi. Katanya ada orang dah ambil dia bekerja dirumah mereka. Kalau tak salah orang yang berikan wang untuk rawatan si Alia tu. Alia pun dah dijadikan anak angkat oleh mereka tu. Kalau kamu nak lawat Alia, kamu pergilah ke sana.” Terkejut Aishah mendengar kata-kata Pak mail.

Dia turut gembira mendengar berita tersebut. Dimasa yang sama dia juga sudah kehilangan, kehilangan Alia dan Mak Som yang sudah dua tahun dikenalinya. Untuk dia ke rumah puan Hendon adalah amat mustahil sekali. Biarlah, dia hanya mampu berdoa semuga Alia dan Mak Som bahagia di rumah puan Hendon. Dia yakin puan Hendon akan menjaga Alia dengan baik.

Kini Aishah sudah bergelar graduan. Dia sudahpun mendapat ijazahnya minggu lalu. Sudah banyak tempat dia menhantar surat memohon untuk bekerja. Selama ini dia masih lagi bekerja dengan Apek Lim. Nasibnya baik bila diterima semula untuk bekerja di situ, tetapi bukan sebagai penghantar buah, kerjanya hanya memetik buah diladang. Apek Lim juga turut menyediakan rumah untuk dia dan pekerja-pekerja lain tinggal di dalam ladang tersebut.

Esok Aishah akan menghadiri satu temuduga. Doanya supaya dia akan diterima bekerja di situ. Tidaklah dia bersusah payah lagi berpanas di ladang untuk memetik buah mempelam. Aishah tersenyum sendirian, kerana buah mempelamlah dia bertemu dengan Ikmal. Tidak disangka pertemuan itu sedikit sebanyak telah merubah hidupnya. Setidak-setidaknya telah memisahkan dia dari Alia. Tentu Alia sedang berbahagia sekarang!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience