BAB 1

Humor Completed 44767

Aishah berasa amat lega setelah dapat menyelesaikan pelajarannya. Syukurlah akhirnya dapat juga dia menamatkan pengajian sehingga peringkat ijazah. Apa yang harus difikirkan sekarang adalah bagaimana hendak mengumpul wang. Dia perlukan banyak wang untuk menyelamatkan Alia.

Walaupun Alia bukan siapa-siapa baginya dia rasa bertanggungjawab untuk semua perbelanjaan Alia.

Bukan sedikit wang yang diperlukan, tiga belas ribu! Mana dia nak cekau..? Doktor telah memberi masa selewat-lewatnya dua bulan lagi. Duit baki pinjaman PTPTN dulu masih ada dua ribu lebih lagi setelah dia begitu berjimat cermat berbelanja. Sebelas ribu lagi mana nak korek. Itu hanya yuran pembedahan, tidak termasuk lagi bayaran ubat-ubatan, tempat tidur, makan dan lain-lain lagi.

Hendak cari kerja pun susah juga kerana belum mendapat ijazahnya lagi. Lagi empat bulan baru upacara konvokesyen. Setakat jadi kerani rendah berapa sangatlah pendapatannya.

Itupun kalau diterima. Pada zaman sekarang hendak minta kerja pun semuanya perlukan pengalaman.

Hendak pinjam dari saudara-mara, siapa yang dia ada? Dia sendiri pun tinggal di rumah anak yatim setelah kematian ibunya dahulu. Alia dan ibunya sahaja yang dia ada selain dari penghuni-penghuni rumah anak yatim itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience