BAB 8

Humor Completed 44767

“Awak ni tak ada baju yang elok sikitkah? Takkan nak jumpa mama saya pakai macam ni. Nanti mama saya ingin taste anak dia ni teruk sangat.”

“Ini saja pakaian yang saya ada, nak buat macam mana? Kalau saya ni kaya dan banyak duit tak payahlah saya susah-susah terima tawaran awak.”

“Pak Mat, bawa dia ni pergi beli baju dua tiga pasang. Teruk macam ni pakaian isteri CEO…!” Sambung Ikmal sambil menggeleng-geleng kepalanya.

“Nak beli baju?” Berkerut dahi Aishah bila disuruh beli baju. Dia hendak simpan duit, bukannya berjoli. “Saya mana ada duit banyak nak ..”

“Bukan duit awak, saya yang nak bayar..” Sinis bunyi suara Ikmal, semakin jengkel dengan perangai Aishah. Hendak beli baju untuk diri sendiri pun berkira bukan main lagi.

“Ahh! Pak Mat, tunggu. Saya ikut sekali. Nanti entah baju fesyen apalah pula yang dibeli dek mamat ni. Ni nak kena polish pula lepas beli baju nanti.” Terjegil mata Aishah disindir oleh Ikmal. Mentang-mentang dia selalu berpakaian seperti lelaki, nak perli dia pula. Jika tidak kerana Alia, tidak ingin dia menerima tawaran dari lelaki sombong macam Ikmal ini.

Puan Hendon meneliti Aishah dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Boleh tahan juga pilihan anaknya itu. Wajah Aishah yang sudah disolek cantik, diperhatikannya lama sekali. Alis yang lentik, muka bujur sirih, kelihatan manis sekali.

“Inilah menantu mama ye? Tak sangka pandai juga anak mama ni pilih isteri ye.. siapa namanya?” Soal puan Hendon setelah bersalaman dengan ‘menantunya’.

“Aishah ma.” Jawab Ikmal.

“Kenapa, isteri kamu ni tak boleh jawab sendiri? Sibuk saja dia tu..” Usik puan Hendon pada Ikmal dengan senyum mekar dibibirnya. Aishah cuba tersenyum dengan guruan ‘ibu mertuanya’. Perkara yang tadinya dirasakan senang kini seakan sudah rumit pula rasanya. Apa pula yang akan terjadi selepas ini.

“Jomlah balik, mama nak rehat ni. Letihlah.” Kata puan Hendon sambil menarik tangan Aishah. Aishah hanya mengikut sambil matanya mencari, wajah Ikmal. Apa nak buat lepas ni? Ikmal tersenyum sinis padanya, seolah berkata, “Aku bayar gaji, engkau buatlah kerja engkau, apa tengok-tengok.”

Ada saja soalan dari puan Hendon pada Aishah. Aishah hanya menceritakan apa seadanya pada puan Hendon. Itu yang dipersetujui Ikmal bila mendengar ceritanya pagi tadi. Ikmal tahu mamanya tidak kisah siapa pilihannya, yang penting dia sudah kahwin. Itu sudah cukup membuat mamanya berasa lega, walaupun Aishah hanya dibesarkan di rumah anak yatim.

“Malam ni Aishah tidur sini ye.” Pinta puan Hendon pada Aishah selepas makan malam. Mata Aishah terus lekat pada wajah Ikmal. Ikmal hanya tersenyum nakal, melihat Aishah yang serba salah. Ah! Dia ni tak boleh harap nak menolong langsung.

“Aishah tak bolehlah mama, Aishah tak bawa pakaian pun. Tadi abang cakap nak jemput mama saja, nanti dia nak hantar Aishah balik.” Kata Aishah memberi alasan.

“Baju mamakan banyak. Tentu muat. Kalau Aishah nak ambil terus pun boleh. Mama pun bukannya boleh pakai pun, dah gemuk sekarang ni.” Seakan terhenti rasanya nafas Aishah. Aduh! Macam mana ni... ! Mati aku. Fikir Aishah sambil mengetap bibir.

“Tak pe, Aishah tidur dengan mama saja..” Sambung puan Hendon lagi sambil tersenyum pada Ikmal. Dia tahu apa yang ada difikiran ‘menantunya’ itu.

“Ikmal tak kisah ma. Kalau nak tidur dengan Ikmal pun apa salahnya. Bukannya orang lainBalas Ikmal bersahaja membuat Aishah melotot memendangnya. Beraninya dia ni. Nak mampus.

“Tak pelah abang, Aishah tidur dengan mamalah.” Pintas Aishah pura-pura manja.

Dalam hatinya tuhan saja yang tahu betapa geramnya dia terhadap Ikmal yang sedari tadi asyik tersenyum-senyum sahaja. Di lapangan terbang tadi pun bukan main lagi asyik memegang tangan Aishah selaku orang bercinta saja lagaknya. Apa yang hendak dikatakan, lakonan harus diteruskan demi Alia. Semoga besok cepat tiba dan dia dapat pulang dengan segera.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience