BAB 5

Humor Completed 44767

Ikmal mundar-mandir di dalam pejabatnya. Alat penghawa dingin seakan-akan tidak berfungsi sahaja, peluh dingin memercik di dahinya.

“Kenapa ni Ikmal?” Tanya Razif yang baru masuk ke pejabat Ikmal.

“Mama aku.. dia nak jumpa isteri aku!”

“Ha! Bila kau kahwin? Aku tak tahu pun.” Terkejut Razif dengan kata-kata Ikmal. Tidak mungkin dia tidak diberitahu tentang perkahwinan sahabat baiknya itu.

Terasa kecil hati pula bila dia seolah-olah diketepikan oleh Ikmal.

“Tulah masalahnya, aku mana ada bini pun..”

“Abis mama kau nak jumpa siapa? Siapa beritahu dia kau dah kahwin?” semakin bingung pula Razif mendengar yang Ikmal belum berkahwin.

“Tak ada siapa, mama aku yang salah sangka. Mulanya aku ingat oklah dah dia ingat aku dah kahwin, sekarang dia nak jumpa isteri aku pula. Mana nak cari isteri, besok dia dah nak balik?”

“La.. terus terang sajalah. Cakaplah yang kau belum kahwin, kan senang.”

“Senang? Kau tahu tak, bala lagi adalah. Dia nak kahwinkan aku dengan si Nadia tu..no.. no..no!” Berderai ketawa Razif. Tahu betul dia yang Ikmal memang meluat sangat dengan perangai Nadia yang gedik dan mengada-ngada.

‘Ketawalah.. bukannya nak tolong..” Sakit hati Ikmal bila ditertawakan oleh Razif.

“Aku nak tolong macam mana, kalau aku ada adik perempuan boleh juga bagi pinjam buat isteri kau. Aku pun buntu, tak tahu apa nak cakap..” Kata Razif masih dengan ketawa yang belum berhenti.

“Dahlah aku nak balik. Duduk kat sini lama-lama buat sakit hati saja..”

“Eh! Mal, sorrylah. Aku bukan tak nak tolong, tapi aku pun tak tahu mana nak carikan isteri untuk kau.” Kata Razif sudah mula serius.

Kasihan juga dia dengan sahabt baiknya itu. Selalunya Ikmallah tempat dia berkongsi masalah.

“Nantilah aku cuba fikirkan.” Sambung Razif akhirnya sebelum Ikmal beredar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience