BAB 14

Mystery Completed 12998

SETELAH kelibat kakitangan hospital yang mengejarnya beredar dari situ, barulah Haziq keluar dari tempat penyembunyiannya iaitu dia sebuah stor kecil. Dia perlahan-lahan keluar dan melangkah perlahan menaiki setiap anak tangga agar derap kakinya tidak kedengaran.

Akhirnya dia sampai ke tingkat paling atas bangunan, iaitu di atas atap bangunan itu. dia memandang ke sekelilingnya. Kelibat Nur sudah hilang dari pandangannya. Dia mengeluh kasar. Dia berjalan ke serata tingkat itu. Penghadang yang ada di bahagian tepi tidak cukup selamat untuk mengelakkan seseorang daripada terjatuh daripada bangunan setinggi 10 tingkat itu.

Penghadang yang ada hanya berukuran satu kaki tinggi. Haziq mendekati penghadang itu untuk melihat permandangan dari atas yang sayup mata memandang itu sambil mulutnya memanggil-manggil nama Nur.

“Nur, abang datang ni. Keluarla. Abang rindu Nur. Nur jangan risau abang tak percaya cakap dioarang…” kata Haziq.

“Semua ni salah kau!” suatu suara yang cukup dikenalinya menderau marah kepadanya dari arah belakangnya. Lantas Haziq berpaling.

Dia terkejut besar apabila melihat susuk tubuh Shima datang mendekatinya dengan di tangannya digenggam sebilah pisau iaitu pisau yang sama yang Haziq gunakan untuk menikam Shima semalam. Sementara badannya berlumuran darah dan wajah pucat lesi. Haziq menggigil ketakutan.

“Tak! Aku tak salah! Kau! Kau dah mati!” jerit Haziq.

“Kau pembunuh! Kau pembunuh! Kau dah bunuh Nur! Tak cukup dengan tu kau bunuh aku! Kau pembunuh!” Shima menbentak-bentak dengan terus mengatakan perkara yang sama.

“Tak! Aku tak bunuh sesiapa pun! Aku bukan pembunuh!!!”

KAKITANGAN yang mengejar Haziq sebentar tadi bertembung dengan Doktor Imran, Habsah dan jururawat itu di tengah perjalanan menuju ke atas atap.

“Macam mana? Korang ada jumpa?” tanya Doktor Imran cemas.

“Belum. Dia lari laju betul doktor. Kami tak sempat kejar,” jawab salah seorang daripada mereka.

“Korang dah cuba cari atas atap?” tanya jururawat itu pula.

“Kami nak ke sanalah ni,” jawab yang lain pula.

“Kalau macam tu, jom cepat! Sebelum sesuatu yang buruk terjadi,” kata Doktor Imran. Lantas mereka semua bergegas ke tempat yang ingin dituju.

“Ya Allah, kau lindungilah anak aku…” rintih Habsah dalam hatinya sambil langkahnya laju mengikuti Doktor Imran dan yang lain. Keresahan hatinya hanya tuhan yang tahu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience