BAB 13

Mystery Completed 12998

PINTU bilik doktok itu diketuk perlahan. Setelah mendengar arahan masuk, barulah jururawat itu membukakan pintu buat Habsah lalu dia mempersilakan Habsah masuk lalntas meninggalkan mereka.

“Assalamualaikum, mak cik. Jemput duduk,” pelawa doktor itu sopan.

“Waalaikumussalam. Terima kasih,” balas Habsah lalu duduk di kerusi yang menghadap doktor itu. Habsah sempat membaca tag nama pada baju doktor itu. Muhd Imran namanya.

“Macam mana dengan keadaan anak saya doktor?” Habsah tidak mahu berbasa-basi lagi. Dia terus menanya perihal kesihatan anaknya.

“Alhamdulillah, menurut Doktor Hadi, doktor yang ditugaskan untuk rawat dia semalam, secara fizikalnya, dia hanya luka-luka kecil. Tiada sebarang kecederaan parah yang dialaminya. Tapi anak mak cik ada sedikit masalah berkaitan emosi dan mentalnya. Sebab tu Doktor Hadi rujuk kes ni pada saya,” jelas Doktor Imran serba sedikit.

“Jadi doktor ni pakar….”

“Saya pakar psychiatry. Anak perempuan mak cik, Shima takde cerita apa-apa ke pasal abangnya?” tanya Doktor Imran.

“Takde. Maksud doktor Shima dah tahu apa yang jadi pada Haziq?”

“Ya. Bahkan dia yang datang jumpa saya dan bercerita perihal abang dia. Dia minta tolong saya untuk pulihkan Haziq. Tapi saya beritahu dia saya tak boleh bantu apa-apa tanpa berjumpa sendiri dengan Haziq. Jadi dia terpaksa guna nama Nur untuk ajak Haziq berjumpa saya. Tapi nampaknya, takdir menemukan saya dengan Haziq dalam keadaan macam ni. Tapi InsyaAllah, saya akan berusaha semampu saya untuk pulihkan setiap pesakit saya,” jelas Doktor Imran. Kedengaran satu keluhan panjang dilepaskan oleh Habsah.

“Kenapa kamu rahsiakan perkara ni dari ibu, nak?” keluh hati Habsah.

“Tapi… anak saya Haziq tak gila kan, doktor?” tanya Habsah khuatir.

“Tak. Kami tak klasifikasikan ia sebagai gila. Haziq disyaki menghidap penyakit yang dipanggil Schizophrenia. Penyakit ni menjadikan penghidapnya gagal untuk membezakan antara realiti dan dunia rekaan mereka sendiri. Mereka sering hanyut dengat halusinasi dan watak ciptaan mereka sendiri.

Faktor yang menyumbang penyakit ni adalah masa lalu yang kelam, stress melampau, dan lain-lain. Berdasarkan apa yang Shima ceritakan pada saya, mungkin Haziq dihantui rasa bersalah terhadap apa yang terjadi pada arwah isterinya. Dia mencuba untuk tebus balik kesilapan dia sehingga menafikan realiti yang Nur dah takde,” jelas Doktor Haziq panjang lebar.

Habsah khusyuk mendengar sambil diiringi air mata memikirkan nasib anaknya itu.

“Jadi apa yang perlu kita buat untuk pulihkan dia doktor….”

KELOPAK matanya diangkat perlahan-lahan. Silau daripada cahaya lampu membuatkan dia berkelip beberapa kali. Dia melihat ke sekeliling bilik itu. Dia berseorangan di bilik itu. Rasa pening kesan daripada ubat penenang sebentar tadi masih berbaki. Tangannya mengurut-urut kepalanya untuk mengurangkan rasa peningnya.

“Abang….” Kedengaran suara Nur memanggilnya. Sejurus itu juga Haziq menoleh ke arah suara itu. Dia mendapati Nur sedang berdiri pintu bilik sambil tersenyum kepadanya.

“Nur. Mana Nur pergi. Diorang cakap Nur dah takde. Diorang tak percaya cakap abang…” rengek Haziq seperti budak kecil. Nur hanya membalasnya dengan senyuman lalu membuka pintu dan meninggalkannya.

“Nur! Nur nak ke mana tu?!” panggil Haziq separuh menjerit. Cepat-cepat dia bangkit dan turun dari katil lantas menyusuli Nur. Dia berusaha mengejar Nur hingga ke luar wadnya tanpa menghiraukan orang awam yang lalu di situ.

Lalu datang seorang jururawat yang ditugaskan menjaganya dari jauh. Pada mulanya jururawat itu tidak menyedari kelibat Haziq, namun dia segera mengejar dan mendapatkannya sejurus dia yakin bahawa itu adalah pesakitnya.

“Encik Haziq buat apa kat sini? Encik belum cukup sihat lagi. Encik kena berehat. Mari saya bawa encik ke bilik ya,” pujuk jururawat itu lalu memegang tangan Haziq dan cuba untuk membawanya kembali ke bilik.

“Aaah! Aku taknak la!” balas Haziq kasar lalu menyentap keras tangan jururawat itu. kemudian dia menolak jururawat itu sehingga tersungkur ke lantai. Sejurus itu dia berlari mengejar bayangan isterinya itu kembali. Dia mengejar kelibat Nur menuju ke tingkat atas dengan menaiki tangga.

“Encik Haziq!” panggil jururawat itu namun Haziq tidak mengendahkannya. Melihat itu, beberapa orang kakitangan hospital yang lain bergegas mendapatkan jururawat malang itu.

“Aku tak apa-apa. Itu pesakit aku. Dia lari. Tolong kejar dia. Dia menuju ke atas. Jangan sampai terlepas. Aku nak beritahu doktor hal ni,” arah jururawat itu. rakan-rakan sekerjanya itu sedia membantu. Mereka terus mengejar Haziq. Sementara jururawat itu bergegas mendapatkan Doktor Imran di biliknya.

“JADI apa yang kita boleh buat untuk pulihkan dia doktor?” tanya Habsah sayu.

“Buat masa ni kami terpaksa tahan dia di sini untuk mengetahui tahap halusinasi dan imeginasi yang dihadapinya sekarang. Selepas itu, kami akan….” Belum sempat Doktor Imran menghabiskan bicaranya, seorang jururawat menerjah masuk biliknya.

“Maaf ganggu, doktor. Pesakit kita, Encik Haziq, dia nak larikan diri. Saya dah cuba halang dia tapi dia tolak saya. Kakitangan hospital yang lain dah pergi kejar,” kata jururawat itu termengah-mengah.

“Apa? Macam mana dia boleh terlepas? Sekarang dia kat mana?” tanya Doktor Imran sedikit kesal.

“Subhanallah! Anak saya lari ke mana? Tolong bawa saya ke sana. Saya ibu dia. Mungkin saya boleh pujuk dia,” tanya Habsah risau.

“Tadi saya nampak dia menuju ke atas. Dia macam mengejar sesuatu,” jawab jururawat itu.

“Kalau macam tu, jom kita ke atas!” kata Doktor Imran. Jururawat itu mengangguk akur.

“Saya ikut,” ujar Habsah.

“Baiklah,” balas Doktor Imran lantas mereka bergegas keluar dari situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience