Completed
12998
“Abang!” marah Nur.
“Satu!” Haziq memulakan kiraannya.
“Abang jangan buat main benda ni boleh tak?!”
“Dua!”
“Abang, tarik balik kata-kata tu!”
“Jangan buat Nur macam ni….” rayu Nur teresak-esak.
“Empat!” Haziq tetap berkeras. Dia tidak menghiraukan rayuan dan esak tangis isterinya itu. Amarahnya benar-benar menguasai dirinya.
“Ya, ya! Nur keluar….” Nur terpaksa akur.
Dia tidak mahu dirinya diceraikan. Dia terlalu sayangkan suaminya itu. Terketar-ketar dia membuka pintu kereta itu. Air matanya bagaikan tidak mahu berhenti mengalir.
Perlahan-lahan Nur melangkah keluar dari kereta itu. Belum sempat dia menutup pintu, Haziq terlebih dahulu menutupnya dengan menarik dari dalam lantas menghasilkan bunyi yang agak kuat. Sejurus itu juga Haziq meninggalkannya.
“Abang…” gumam Nur dalam esak tangisnya sambil matanya tidak lepas memandang kereta Haziq yang pergi meninggalkannya sehingga hilang dari pandangannya. Dia berpeluk tubuh. Sendirian di lebuhraya di malam hari cukup menggentarkan jiwanya.
SETINGGI mana pun egonya, tetap terselit sekelumit rasa menyesal di hati Haziq. Perjalanannya sudah hampir sekilo meter dari tempat dia meninggalkan Nur.
Akhirnya, dia memutuskan untuk berpatah balik ke tempat itu. Tidak lama kemudian, Haziq tiba di situ. tapi tiada kelibat Nur kelihatan. Lantas dia keluar dari kereta. Berdasarkan papan tanda berdekatan, dia pasti dia berada di tempat yang betul. Kerisauan lantas menjalar ke seluruh jiwanya.
Penyesalannya menggunung. Beberapa kali dia menjerit memanggil nama isterinya namun tiada sebarang sambutan.
“Nur! Nur! Keluarlah! Abang minta maaf! Abang datang ni! Keluarlah!” jerit Haziq. Dia bagaikan orrang gila ke hulu ke hilir di sekitar tempat itu mencari kelibat isterinya.
“Aaaargh!!!” jerit Haziq lalu melutut menyembah bumi.
Dua minggu kemudian….
NUR terbaring di lantai sebuah bangunan terbengkalai sambil wajahnya berpaling ke kanan. Bangunan itu terletak di tengah-tengah ladang kelapa sawit itu. Dengan kaki dan tangan yang terikat kemas ke balakang, matanya tidak lepas dari memandang jasad lelaki durjana yang terbujur kaku tidak bernyawa itu.
Sementara tudung yang menutupi kepalanya entah kemana. Begitu juga bajunya koyak rabak akibat pergelutan yang berlaku sepanjang dia bersama dengan lelaki durjana itu. Ia berada hanya beberapa kaki darinya. Lelaki itu berjaya ditembak mati oleh pihak polis dalam serbuan untuk menyelamatkannya daripada terus menjadi tebusan kes penculikan itu.
Seorang anggota polis mendekati jasad lelaki itu untuk memastikan keadaan lelaki itu sama ada dia benar-benar mati atau tidak. Dalam masa yang sama, seorang lelaki tinggi lampai dan berbadan tegap meluru mendapatkan Nur. Batang tubuh Nur lantas dirangkul kemas.
“Nur dah tak perlu takut lagi. Abang ada kat sini. Nur dah selamat. Abang minta maaf, sayang…” ujar Haziq cuba menenangkan isterinya itu yang sudah hampir dua minggu terpisah itu.
Meskipun dia sendiri tidak dapat membendung kesedihan dan penyesalan yang jelas terpancar di wajah dan perlakuannya itu. Sementara Nur masih diam seribu bahasa di dalam dakapan suaminya itu.
Share this novel