BAB 8

Mystery Completed 12998

SEHINGGA malam itu, Nur masih tidak ingin bertegur sapa dengan suaminya. Dia duduk di birai katil membelakangi bilik air kamar itu. Kedengaran bunyi pintu bilik air dibuka dari dalam. Cepat-cepat Nur berpura-pura tidur. Haziq pun keluar dari bilik air itu.

Melihat isterinya tidur, dia pun turut mempersiapkan diri untuk tidur. Lampu bilik ditutup lalu dia pun tidur di sebelah Nur. Walaubagaimanapun, Haziq sedar Nur masih merajukkan diri. Namun, dia membiarkan sahaja.

Hampir sahaja dia dia melelapkan mata, Nur menjerit ketakutan. Lantas Haziq bangkit mendapatkan isterinya itu. Dipegangnya kedua-dua belah bahu Nur sambil matanya memandang tepat pada mata Nur di dalam kesuraman malam yang hanya ditemani cahaya bulan yang tak seberapa itu.

“Ada apa lagi ni, Nur?! Dah malam ni! Tolonglah!” marah Haziq. Mendengar itu, Nur menundukkan pandangannya. Tangisan mula membasahi pipinya.

“Lelaki tu, datang lagi. Dia berdiri kat sana…” ujar Nur takut sambil tangannya menudingkan jari ke arah tingkap bilik itu. Haziq lantas memandang ke arah tempat yang dimaksudkan Nur. Tiada yang mencurigakan di situ. Haziq merengus geram.

“Tak ada apa pun!” kata Haziq tidak puas hati. Namun Nur masih tidak berani berpaling ke arah tingkap itu.

“Ada! Tadi ada! Dia berdiri kat situ! Dia jeling tajam kat Nur!” Nur berkeras. Haziq geram lalu segera turun dari katil dan membuka semula lampu bilik. Haziq membuktikan kata-katanya apabila tidak ada sebarang kelibat yang mengcurigakan di tepi tingkap itu.

“Tengok! Mana ada apa-apa?! Tolonglah, Nur! Semua tu bayangan awak semata-mata! Dah malam ni. Tidurlah….”

“Tapi….” Nur cuba menegakkan benang yang basah. Haziq pun kembali ke sisi Nur.

“Nur, abang tahu abang salah. Tapi tolonglah. Jangan macam ni. Jangan tambah kekusutan abang. Jangan tambah rasa bersalah abang ni lagi. Lama-lama abang boleh jadi gila tengok Nur macam ni….” ujar Haziq.

Amarahnya semakin mengendur. Nur ditarik ke dalam dakapannya. Nur mula teresak-esak. Haziq membiarkan sahaja sambil diusapnya perlahan-lahan belakang Nur.

SINAR mentari menyinar lagi. Pagi itu, seperti sebelumnya, Shima menyediakan sarapan untuk mereka. Bahu Shima ditepuk dari belakang. Lantas dia berpaling. Dia menarik nafas lega tatkala melihat susuk tubuh abangnya berdiri di hadapannya. Saat ini, Nur masih belum sedar dari lenanya.

“Abang ni. Terkejut Shima. Ingatkan siapa tadi. Jom breakfast sekali…” kata Shima. Haziq tersenyum kelat.

“Kenapa ni?” tanya Shima. Dia menyedari kegalauan hati abangnya itu.

“Maafkan abang pasal semalam. Abang patut dengar dulu penjelasan Shima. Bila abang fikir-fikir balik, dengan keadaan Nur yang semakin lama semakin menjadi-jadi, ada eloknya apa yang Shima cadangkan tu….” Akhirnya Haziq akur dengan cadangan adiknya itu.

“Baguslah kalau abang fikir macam tu. Shima nak abang tahu Shima tak pernah fikir bukan-bukan pasal Kak Nur. Shima cuma nak bantu apa yang Shima mampu. Jadi macam ni… erm… Shima ada kenal seorang psychiatry ni. Dia dah banyak handle kes-kes trauma macam ni. Alhamdulillah, ramai daripada pesakit dia dah berjaya harungi hidup normal. Kalau abang setuju, Shima boleh kenalkan.” saran Shima lalu tersenyum. Haziq sekadar membalasnya dengan senyuman kelat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience