BAB 9

Mystery Completed 12998

SEPERTI yang diminta Shima, Doktor Imran pun mengaturkan temujanjinya bersama Haziq dan Nur. Namun Nur tidak diberitahu bahawa dia akan dibawa bertemu psychiatry tetapi Haziq memberitahunya dia dibawa untuk pemeriksaan kesihatan biasa. Nur akur sahaja.

Sesampainya di hospital, Nur enggan keluar dari kereta. Walaubagaimanapun, Haziq berjaya memujuknya. Shima membawa mereka ke bilik Doktor Imran. Sepanjang perjalanan itu, Nur tidak lepas dari berkepit dengan suaminya. Pandangannya tidak diangkat sama sekali. Tepat di hadapan pintu bilik Doktor Imran, Nur mematikan langkahnya.

Tiba-tiba sahaja dia menggigil ketakutan lantas dia mencangkung dan memeluk kedua-dua lutut.

“Kenapa ni, sayang?” tanya Haziq cemas lantas melutut menghadap Nur.

“Aaaaargh!!!!!” jerit Nur. Haziq menutup kedua-dua telinganya dek suara Nur yang nyaring itu.

“Nur dah kenapa ni?!” tanya Haziq marah. Tiba-tiba, datang seorang lelaki berjalan melalui mereka.

“Gila ke dia ni?” kata lelaki itu perlahan namun tidak cukup perlahan sehingga didengari Haziq.

“Apa kau cakap?!” bentak Haziq pada lelaki itu. Langkah lelaki itu terhenti seketika, tidak sangka kata-katanya masih didengari Haziq.

Sejurus itu, lelaki itu kembali membuka langkahnya tanpa mengendahkan herdikan Haziq. Haziq bengang dengan respon lelaki itu. Lantas dia meluru mendapatkan lelaki itu. Kolar baju lelaki itu dicekaknya lalu lelaki itu didorong ke dinding berdekatan. Haziq merenung tajam mata lelaki itu. Ketakutan terpancar di wajah lelaki itu. Shima panik menyaksikan adegan itu.

“Kurang ajar kau, kan? Berani kau cakap bini aku gila…” ujar Haziq perlahan cukup menggentarkan jiwa lelaki itu. Sementara lelaki itu bisu seribu bahasa.

“Kau tak tahu apa-apa lebih baik diamlah, bodoh!!!” bentak Haziq lagi sekali gus mendorong lelaki itu ke lantai. Kemudian buku limanya bersedia untuk singgah ke pipi lelaki itu.

“Abang cukup!!!” jerit Shima lantas berdiri di antara Haziq dan lelaki itu. Sejurus itu juga lelaki itu bergegas meninggalkan mereka. Haziq ingin mengejar lelaki malang itu tetapi dihalang oleh Shima.

“Abang, sudahlah tu. Biarkan dia, ya?” Shima cuba memadam api kemarahan di jiwa Haziq. Haziq terpaksa akur. Setelah mendengar segala kekecohan di luar biliknya, Doktor Imran keluar dari biliknya.

“Aaaaaaaargh!!!!” Sekali lagi Nur menjerit. Kali ini lebih nyaring dari sebelumnya.

“Kau boleh diam tak, Nur?!” bentak Haziq pada Nur. Namun bentakannya itu bukan membuat Nur serik sebaliknya Nur semakin menjadi-jadi. Nur menangis semahunya.

“Encik Haziq, bawa bertenang. Apa kata kita masuk dalam dulu?” saran Doktor Imran sopan.

“Argh! Tak maknanya semua ni! Aku buat keputusan yang salah dengan bawa Nur datang sini. Buat tambah serabut kepala otak aku je!” balas Haziq lantas dia meluru ke arah Nur yang masih tidak berganjak dari posisinya itu. Tangan Nur dicapainya lalu di tarik kasar. Dia pun membawa Nur pergi.

“Tapi abang….” Belum sempat Shima menghabiskan ayatnya Doktor Imran menepuk lembut bahu Shima.

“Biarkan dia sejuk dulu…” ujar Doktor Imran. Shima pun beralih pada Doktor Imran. Satu keluhan panjang dilepaskan.

“Saya minta maaf, doktor,” kata Shima.

“Tak mengapa. Ini dah sebahagian daripada kerja saya. Untuk handle kes-kes macam ni tak semudah yang kita kira. Kita tak boleh paksa pesakit,” balas Doktor Imran lalu tersenyum. Senyuman itu dibalas dengan senyuman tawar dari Shima.

NUR tidak berhenti menangis hatta sehingga mereka kembali di apartment mereka. Di ruang tamu, Nur duduk meringkuk di atas sofa. Haziq pun duduk di samping isterinya itu.

“Abang rasa Nur perlu rehat. Sayang berehat dulu, ya?” pujuk Haziq. Pada mulanya Nur tidak mahu mendengar tapi akhirnya dia beralah jua. Haziq menarik lembut tangan isterinya. Sesampainya di bilik, dia membaringkan Nur lalu tersenyum.

“Awak rehat dulu ya? Saya ke depan kejap,” ujar Haziq. Nur menurut sahaja.

Sejurus itu Haziq menapak meninggalkan isterinya lantas ke ruang tamu. Dia pun melabuhkan punggungnya di atas sofa. Perlahan-lahan dia berbaring di atas sofa itu. Tangan kanannya di atas dahi lantas satu keluhan panjang dilepaskan memikirkan peristiwa yang terjadi pada hari itu. Tidak lama kemudian, dia pula yang dibuai mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience