BAB 7

Mystery Completed 12998

EKORAN kejadian itu, Haziq tidak bekerja hari itu. Setelah dua tiga jam tidur pagi itu, Haziq terjaga dari tidur. Fikirannya terus memikirkan Nur. Lantas dia bangkit berdiri dan mendapatkan isterinya itu di bilik tetamu. Nur masih lagi tidur.

Dia mendekati Nur dan duduk di birai katil di samping isterinya. Rambut Nur diusap lembut lalu terserlahlah bengkak di dahi isterinya itu. Namun usapan itu tidak cukup lembut hingga menyedarkan Nur dari tidur.

Tangan Nur bertemu tangan Haziq. Mereka berbalas pandangan. Nur pun bangkit dari pembaringannya. Perlahan-lahan dia mendekati batang tubuh suaminya itu. Mereka berbalas dakapan. Tidak lama kemudian, mereka meleraikan dakapan masing-masing dan sekali lagi pandangan mereka saling bertembung.

“Abang minta maaf sebab tolak Nur sampai kepala Nur bengkak macam ni sekali…” ujar Haziq lembut sambil tangannya menyentuh lembut dahi Nur yang bengkak itu.

“Tak. Abang tak perlu minta maaf. Nur yang salah. Tapi Nur tak bermaksud nak serang abang….”

“Abang tahu….” Tiba-tiba, Nur meletakkan jari telunjuknya di bibir Haziq.

“Abang, sebenarnya bukan abang yang Nur nak serang tapi lelaki jahanam tu! Lelaki tu datang lagi. Pada mulanya, Nur tak nak beritahu abang sebab Nur tahu yang abang fikir jantan tu dah mati. Semua orang pun fiir macam tu. Tapi tak. Lelaki tu tak mati lagi. Dia selalu datang kacau Nur. Dia nak apa-apakan Nur!” jelas Nur ketakutan.

Mendengar itu, Haziq menghela nafas panjang. Perlahan-lahan kedua-dua tangannya menggenggam tangan Nur sementara matanya memandang tepat wajah isterinya itu. Berhati-hati Haziq menyusun kata.

“Sayang, lelaki tu dah tak ada. Pihak polis dah tembak mati dia, kan? Nur ingat, kan? Kalau pun Nur ada nampak dia, itu cuma khayalan. Jadi Nur tak perlu takut lagi. Lagipun abang akan sentiasa ada untuk Nur….”

“Tak, abang. Betul. Lelaki tu memang hidup lagi. Percayalah cakap Nur. Dia takkan berhenti kacau Nur selagi dia belum berjaya dapat apa yang dia nak!”

“Okay. Kalau betul, kenapa dia muncul depan Nur je? Sayang, percayalah dia dah mati. Itu cuma bayangan Nur sebab terlalu memikirkan perkara tu….” Haziq cuba meyakinkan

“Sampai hati abang tak percayakan Nur!” balas Nur separuh menengking lantas bangkit bangun dari katil itu dan terus keluar dari bilik itu.

Sejurus itu juga Haziq menyusuli Nur ke bilik tidur mereka. Namun, belum sempat Haziq melangkah masuk bilik mereka, Nur menghempas deras pintu bilik tu dan menguncinya dari dalam. Beberapa kali Haziq mengetuk pintu dan memanggil namanya namun dia tidak mengendahkannya.

Dari belakang, Shima mendekati Haziq dan bahu Haziq disentuh lembut. Lantas Haziq berpaling ke arahnya. Satu keluhan panjang dilepaskan.

“Sudahlah tu, bang. Sebenarnya, Shima ada cadangan untuk masalah abang ni.” kata Shima lalu menarik perlahan tangan abangnya lalu membawanya ke ruang tamu. Haziq mengikut sahaja. Mereka sama-sama duduk di sofa di ruangan itu.

“APA?! Jumpa psychiatrist?! Eh, bini aku tak gila lagilah!” bentak Haziq lantas bangkit berdiri. Shima turut berdiri lalu Haziq membelakanginya.

“Abang, jumpa psychiatrist tak bererti gila. Hanya untuk kaunseling supaya Kak Nur boleh belajar untuk buang segala ketakutan dia tu. Bahkan kalau kita biarkan sahaja dia macam ni tanpa jumpa pakar, trauma dia akan semakin menjadi-jadi dan dia boleh jadi betul-betul gila. Abang nak ke semua tu terjadi? Tak, kan?” jelas Shima.

Haziq pun kembali menghadapnya dengan wajah membengis.

“Kalau ada yang perlu dikaunseling kat sini, itu adalah kau! Sekali lagi kau sebut pasal ni, kau boleh keluar dari rumah aku dan jangan datang lagi! Faham?!” bentak Haziq lalu ditinggalnya Shima berseorang di ruang tamu itu. Mellihat itu, Shima menghela nafas panjang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience