BAB 5

Mystery Completed 12998

HAZIQ mengemas serba sedikit bilik tidurnya. Keadaan bilik tidurnya itu tidak serapi kebiasaannya namun ia sudah cukup baik daripada dibiarkan sahaja bersepah. Sesudah itu, dia beralih pada ruang tamunya yang turut disepahkan isterinya.

Belum sempat dia meneruskan niatnya, loceng pintu rumahnya berbunyi. Dia pun menangguhkan terlebih dahulu niatnya lantas mendapatkan pintu rumahnya lalu dibuka.

“Assalamualaikum, abang.”

“Waalaikumussalam….” Haziq menjawab salam Shima diikuti dengan segaris senyuman. Adiknya itu dijemput masuk.

“Astaghfirullah. Kenapa rumah abang bersepah je ni?” tanya Shima terkejut.

“Kakak ipar kau tulah…” jawab Haziq perlahan.

“Huh?” Shima cuba mendapat jawapan yang lebih jelas namun Haziq tidak mengendahkannya.

“Kau ada bawa barang dapur yang aku suruh beli tu?” tanya Haziq pula.

“Ada. Tapi sebenarnya kenapa boleh jadi bersepah macam ni?” jawab Shima sekali gus bertanya lagi.

“Biarlah. Nanti aku kemas sendiri. Kau pergi masak. Aku lapar ni. Kak Nur pun tak makan lagi tu….” balas Haziq enggan menjawab persoalan yang baginya tidak penting untuk Shima mengetahuinya.

“Baiklah….” Shima pasrah. Dia pun terus membawa barang-barang dapur di tangannya itu ke dapur tanpa penghadang yang hanya berada di kanan pintu masuk rumah itu.

Barang-barang itu pun diletakkan di atas kabinet dapur lantas dia memandang abangnya yang sedang menyusun kembali buku-buku yang berselerak di lantai. Satu keluhan berat dilepaskan.

MAKAN malam siap dihidang oleh Shima di atas meja makan yang berdepan dengan ruang dapur. Shima menyediakan sup sayur dan ikan kembung goreng berlada sebagai juadah malam itu.

Dari meja makan itu dia sedikit melaung memanggil abangnya. Sejurus selepas itu, Haziq pun tiba. Wajahnya keruh. Dia menarik kerusi dan duduk menghadap Shima.

“Duduk, bang. Shima cedukkan nasi untuk abang. Abang nak lauk apa?” ujar Shima.

“Kau tak masak bubur?” Tanpa menjawab pertanyaan Shima, Haziq bertanya.

“Bubur? Untuk apa? Kan dah ada nasi dengan sup sayur ni. Abang tak suka ke?”

“Bukan aku. Bini aku. Kau ingat dalam keadaan dia yang macam tu, dia berselera ke nak hadap semua ni?”

“Maaflah, bang. Shima lupa…”

“Tak apalah. Sup sayur pun jadilah…” kata Haziq lalu menceduk sendiri nasi dengan sedikit sayur tanpa menyentuh sedikit pun ikan. Dia pun bangkit berdiri.

“Abang nak pergi mana pulak?”

“Kau ni banyak tanyalah Shima. Nak pergi suap bini akulah. Takkan kau pulak!” gumam Haziq lalu melangkah pergi ke biliknya sambil membawa sepinggan nasi di tangannya.

“Orang tanya je pun…” getus hati Shima. Tanpa mempedulikan abangnya, dia terus menjamah juadah makan malamnya itu.

Di saat Shima sudah pun habis menjamah nasi di dalam pinggannya, Haziq kembali dengan tangan kosong. Dia pun kembali duduk menghadap Shima di meja makan itu.

“Mana pinggan?” tanya Shima ringkas.

“Dia tak habis makan lagi. Dia nak makan sendiri. Biarlah dia. Hulurkan aku pinggan kosong tu…” kata Haziq. Shima menurut sahaja. Kini giliran Haziq pula menjamu selera. Namun, Shima tidak meninggalkan meja makan itu.

“Erm… ibu kirim salam,” kata Shima.

“Waalaikumussalam,” jawab Haziq acuh tak acuh.

“Berapa hari kau nak duduk sini?” tanya Haziq.

“Shima cuti semester, tiga bulan. Tapi tak adalah sampai tiga bulan duduk sini. Shima rancang nak cari kerja sambilan. Buat sementara, ibu suruh Shima temankan abang. Ibu risaukan abang tau…”

“Suka hati kaulah nak duduk sini berapa lama pun. Kalau kau nak menetap terus pun aku tak kisah. Tapi cakap kat ibu tak payah risaukan abang. Abang okay, cuma Nur je. Abang tahulah nak buat apa. Dia cuma trauma je….”

Sejurus selepas itu, Haziq terus bangkit berdiri lantas membawa pinggannya nasinya yang hanya luak separuh sahaja itu ke sinki dapur. Dia membasuh tangan dan beredar begitu sahaja tanpa membasuh pinggannya itu. Sebelum melangkah masuk ke dalam biliknya dia sempat berpesan pada Shima dari jauh sedikit menjerit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience