BAB 11

Romance Completed 25451

Melia mengerling jam di meja nya. alahai subuh dah nak habis! Melia terus sahaja berlalu ke tandas dan mengambil wudhu untuk solat. setelah selesai solat melia keluar daripada bilik dan mengerling bilik rayyan yang di sebelahnya. halah masih tidur lagi lah tu. melia teringat perjanjian nya dengan Rayyan semalam. Kena siapkan sarapan!! melia berlalu ke dapur untuk menyiapkan sarapan buat rayyan.

"kau buat apa tu?". tanya rayyan. ternaik bahu melia mendengar sergahan rayyan secara mengejut. hish mamat nie tak boleh ke kalau tak bagi aku terkejut.

"waalaikumsalam. tengah siap kan sarapan untuk awak lah". balas melia sambil memerli. perkataan waalaikumsalam ditekannya. Nasib baik lah 'daddy' bagi cuti. Rayyan mengetap bibir. Tak guna punya minah, sempat dia nak perli aku. cis!

"ouh bagus! kau jangan pulak letak racun kat dalam masakan kau tu". kata rayyan dan duduk di meja makan yang disediakan di dapur. melia mengetap bibir. pikir aku jahat sangat ke apa ha?

"awak jangan risau, kalau saya nak racun awak pun saya tak kan racun hari nie. saya racun tunggu awak dah betul2 dah jatuh kat tangan saya". balas melia sinis. sakit hatinya dituduh oleh rayyan. suka hati dia aja nak cakap aku letak racun lah apa lah. betul2 aku bubuh racun kang. rayyan pula yang mengetap bibir.

"kau nie kan kalau tak buat aku hangin satu badan tak sah eh?". tanya rayyan. melia menahan dirinya daripada ketawa.

"aik? tadi awak yang mula dulu kan? so saya balas lah apa yang patut. kenapa? awak tak boleh nak lawan kata kata saya ke?". balas melia sinis. Hampir meletus ketawa nya melihat perubahan muka rayyan.

"kau diam lah! bising tahu tak". marah rayyan. sebenarnya apa yang di kata kan oleh melia ada lah betul! setiap kali di ingin saiko melia, pasti Dia yang kena saiko balik. apa lah nasib!.

"hehe. awak, awak tak kerja ke hari nie?". tanya melia. rasanya rayyan pernah bagi tahu dia yang rayyan kerja hanya jika mendapat panggilan sahaja. entah kerna apa pun melia sudah lupa.

"kau ni mimpi eh? macam mana aku nak kerja kalau Takde panggilan?". balas rayyan sinis. dia tahu melia sudah lupa yang rayyan berkerja sebagai Pilot.

"eh? awak kerja apa eh? saya lupa lah". tanya melia. nak juga dia tahu si rayyan nie kerja apa.

"Aku kerja pilot. kenapa kau tanya?". tanya rayyan semula. melia mengetap bibir. rayyan? pilot? biar betul? like seriously? wow pilot tu.

"ouh awak pilot eh? mesti syok en jalan sana jalan sini". kata melia perlahan. tangan nya lincah menyiapkan sarapan buat rayyan.

"tak de lah seronok mana. biasa je. kerja jadi pilot nie stress. then yang paling tak syok tu sebab aku kalau dah flight memang jarang lah jumpa girlfriends aku". balas Rayyan. melia mengetap bibir! ceh boleh dia pikir pasal girlfriendssss dia tu.

"ouh awak nie memang playboy eh?". tanya melia lalu meletak kan nasi goreng yang dimasak nya di hadapan rayyan. entah kenapa ramah terlebih pula dia hari ini. rayyan memandang tajam ke arah melia. penyibuk betul!.

"kau dah pahal tanya aku macam tu? suka hati aku lah nak jadi playboy ke apa ke. kau peduli apa? kan aku dah cakap jangan masuk campur hal aku. aku tak suka. life aku lah bukan life kau". marah rayyan. ternaik bahu melia apabila rayyan menengking nya.

"maaf". kata melia ringkas dan laju sahaja kakinya menapak ke dalam bilik. tidak pernah ada orang yang menengking nya. ibu bapa nya juga tidak pernah. melia menangis di dalam bilik semahunya. Rayyan yang melihat melia keluar daripada dapur hanya meneruskan makan nya. bagi nya buang masa sahaja hendak pujuk atau pun mintak maaf dengan melia. selesai makan rayyan terus keluar daripada rumah tanpa memberitahu melia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience