Melia dan rayyan melangkah masuk ke rumah tan sri Dato benjamin yang tersergam indah. Kedatangan mereka berdua disambut mesra oleh mama dan papa nya.
"assalammualaikum mama". kata rayyan lalu menyalami tangan tua tersebut. melia juga turut melakukan perkara yang sama.
"ehhh akak dan abang dah sampai. assalammualikum kak, abang". kata amalina sambil tersenyum manis. melia hanya sekadar tersenyum. cantik sungguh adik rayyan ini.
"waalaikumsalam". balas melia dan rayyan serentak.
"amboi. apa yang tercegat kat luar tu. sayang bagi lah anak menantu kita tu masuk ke dalam". kata dato benjamin yang baru menyedari kedatangan melia dan rayyan.
"haah lah. mama lupa pulak. meh lah masuk rayyan, melia. mama dah masak kan makanan kegemaran kalian berdua. mama yang masak tau". kata mama rayyan sambil tersenyum manis. Melia juga turut tersenyum.
"wahhh mama masak?? hmm mesti sedap. tak sabar nya nak makan". kata rayyan teruja. sudah lama dia tidak makan masakan mama nya.
"yelah. mama yang masak. special untuk anak mama nie". kata mama rayyan. melia hanya mendiam kan diri. agak janggal untuk dia bersuara
"hehe thanks ma". kata rayyan. sempat dia mengerling melia yang berada di sebelah nya. dah kenapa minah nie diam aje?
"mama pun ada masakkan Asam pedas untuk Melia. mama tahu melia suka makan asam pedas kan?". kata mama rayyan. melia pantas mengangguk sambil tersenyum kecil. teringat dia akan ibu dan ayah yang berada di kampung. sudah hampir setahun dia tidak pulang ke rumah. tiba tiba rasa rindu datang. ibu ayah maafkan lia sebab suda lama tidak pulang. lia rindu ibu dengan ayah.
"melia???". melia tersentak apabila nama nya disebut. erghhh aku mengelamun ke tadi??
"err sorry ma. tadi mama cakap apa? maaf lah melia kurang dengar". kata melia cuba menutup kesedihan dihati nya.
"tak ada lah. mama cuma tanya kamu tak nak makan ke?". tanya mama rayyan. melia tersenyum nipis. maaf lah ma, menantu mama nie termenung tadi.
"err nak lah ma. tak kan lah tak nak pulak. dah lama melia tak makan asam pedas". kata melia sambil tersenyum. Dilihat nya rayyan serta papa yang sudah berada di meja makan. amboi cepat aje kalau nak melantak.
"Rayyan, melia meh duduk, papa ada hal nak dibincangkan". kata papa. melia dan rayyan akur lalu duduk berhadapan dengan Dato benjamin.
"papa nak bincang apa?". tanya rayyan meskipun dia sudah tahu apa yang ingin dikatakan oleh papa nya
"tentang rayyan yang akan menganti tempat papa". kata dato benjamin ringkas. Melia hanya sekadar mengangguk.
"tapi pa, aduh rayyan tak ready lah pa nak pegang syarikat tu. ra...rayyan takut kalau syarikat tu likup disebabkan rayyan". kata rayyan memberi alasan. Meskipun sebenarnya dia tahu sangat tentang selok belok syarikat. almaklum lah, semasa dia belajar, dia mengambil course bisnes.
"rayyan. sampai bila tak ready nya?? kamu tahu kan papa dah tua. patut nya sekarang nie papa hanya rehat dekat rumah je. kamu tak kesian ke dekat papa? kamu juga yang janji kalau kamu dah berkahwin kamu akan ambil alih syarikat kan?". kata dato benjamin. mata nya tajam memandang rayyan.
"errr tuu....". belum sempat rayyan menghabiskan katanya, mama menyampuk.
"betul tu sayang. kasihan dekat papa kamu. papa dah tua nak. kali nie dengar lah cakap mama dan papa. kali nie aje. jaga lagi syarikat tu macam rayyan jaga diri rayyan.". kata mama rayyan pula meraih simpati. Tidak sampai hati rayyan melihat mama dan papa nya merayu sebegitu. akhirnya dia mengangguk setuju.
"okay rayyan setuju. esok rayyan akan berhenti jadi pilot dan akan masuk syarikat papa". kata rayyan mengalah. melia hanya tersenyum. tidak sangka dia akan sepejabat dengan rayyan.
"terima kasih. papa bangga ada anak macam rayyan". kata dato benjamin sambil tersenyum.
"alaa tak kan abang je pa? papa tak bangga ke ada anak macam lina?". kata amalina sambil mencebik bibir.
"mesti lah papa bangga. papa bangga ada anak macam rayyan dan lina. dan papa bangga sebab ada menantu macam melia". kata dato benjamin sambil tersenyum manis
Share this novel