Sudah Hampir seminggu Rayyan tiada di rumah. dan Hari ini Rayyan akan pulang ke Malaysia. maksudnya Melia kena ambil rayyan di airport! Melia keluar daripada pejabat awal daripada biasa. Nasib baik lah 'daddy' sangat memahami.
"weh! kau nak gi mana tu?". tegur cyikin apabila melihat zilah yang bergegas keluar dari pajabat.
"eh cyikin. ouh aku nak gi KLIA". kata melia sambil tersenyum.
"ouh kau nak ambil siapa?". tanya Cyikin. Bukan dia tidak tahu, dah sah lah ambil si rayyan tu.
"ambil tuan putera raja". balas melia sambil ketawa. lawak sangat kut. Cyikin yang mendengar kata kata melia juga turut sama ketawa.
"macam2 lah kau nie. dah lah pergi sana. kang lambat pulak kau sampai sana. nie kau nak aku bagi tahu boss tak?". tanya Cyikin. Pantas sahaja melia menggeleng kan kepala nya.
"sokay. tak payah. aku dah bagi tahu boss awal2 tadi. aku gerak dulu bye assalammualaikum". pamit melia dan terus sahaja berlalu.
*********
Rayyan mengerling jam ditangannya. Haish! mana minah nie dah pergi? aku tunggu punya lah dah lama. Rayyan mengeluarkan telefon daripada poketnya. tetapi belum sempat dia menelefon melia, dia melihat sebuah kereta yang amat dia kenali. Kereta Hadi! apa mamat nie nak.
"hye bro". tegur Hadi. Rayyan mencebik bibir. Hadi hanya sekadar tersenyum. bukan dia tidak tahu yang rayyan amat bencikan dia.
"apa kau nak?". tanya rayyan kasar. malas hendak berbual panjang dengan hadi.
"amboi, sombong nya. meh lah naik kereta aku. biar aku hantar kau pergi rumah mummy". ajak Hadi. pantas sahaja rayyan mengelengkan kepala nya. mana mungkin dia akan tumpang kereta milik Hadi!
"takpe. aku dah suruh Wife aku ambil aku". balas rayyan kasar. Hadi hanya sekadar mengangguk. dia tahu yang rayyan sudah berkahwin. tetapi dia tidak pernah bersua muka dengan isteri rayyan.
"ouh okay lah kalau macam tu. aku gerak dulu. tapi satu aku nak cakap, kita lupakan jelah benda yang dah lepas tu. aku mintak maaf. aku tak suka kita bergaduh macam nie". kata Hadi seraya tersenyum.Rayyan memandang tempat lain. malas hendak mendengar kata kata Hadi. Hadi yang perasan riak wajah Rayyan yang hanya 'selamba' terus sahaja memandu kereta nya keluar daripada airport.
"sorry to say Hadi. aku tak kan lupa apa yang kau dah buat. kau pikir senang macam tu aku akan lupakan?". desis hati Rayyan. kemarahan nya masih ada. dendam nya masih berbekas. Tiba2 sebuah kereta berhenti dihadapan rayyan. terus sahaja rayyan masuk ke dalam perut kereta.
"ha kau nie pahal lambat? kau tahu tak penat aku tunggu kau". marah rayyan. Melia hanya tersengih mendengar Rayyan yang memarahinya.
"sorry, tadi jam, sebab tu datang lambat sikit". kata melia memohon maaf. itu bukan alasan okay! dah memang betul2 jam.
"kita singgah makan dulu. aku lapar sangat dah nie". ajak rayyan. melia hanya sekadar mengangguk. mereka berdua singgah di sebuah restoran yang agak mewah.
********
Melia dan Rayyan melangkah masuk ke dalam restoran tersebut. Melia agak kekok kerana ini adalah pertama kali dia pergi makan berdua bersama Rayyan. dan dia juga merasa kekok kerana restoran yang dipilih oleh rayyan agak mahal.
"errr awak kita makan kat tempat lain lah jum?". ajak melia. segan juga dia. Rayyan memandang sekilas ke arah melia
"shhh kau ikut je lah aku. banyak cakap lah kau nia". kata rayyan perlahan. Melia mengetap bibir. akhirnya dia akur. Melia perasan banyak mata yang memandang Dia dan rayyan. dia nelihat pakaian yang dipakai oleh rayyan. Baju pilot? biar betul mamat nie?
"awak! apa kata awak ganti baju awak tu dulu?". suruh melia. Rayyan memandang pakaian yang dipakai oleh nya. baju pilot aja pun? apa yang minah nie nak gelabah sangat?
"aku pakai baju pilot je pun. tak payah lah nak gelabah sangat. lain lah kalau tadi aku tak pakai baju. baru lah kau gelabah cuak bagai". perli rayyan. melia mencebik bibir. melia dan rayyan duduk di tempat yang disediakan oleh pelayan yang membawa mereka berdua masuk ke dalam restoran.
"tapi semua perempuan kat sini pandang2 awak". kata melia perlahan. cemburu okay!!
"pandang je pun. biar lah diorang nak pandang sekali pun. kenapa? kau jealouse ke?". teka Rayyan. melia mengetap bibir. tak kan nak mengaku kut? wooo wooo wooo gila nak mengaku??
"ehh mana ada. saya just cakap je girl kat sini pandang awak macam nak telan awak je". nafi melia. gila nak mengaku? boleh kena gelak dengan mamat nie karang.
"eleh jealouse tak nak mengaku". perli rayyan lalu ketawa.
Hampir sejam mereka berdua menghabiskan masa makan berdua bersama. tiba2 datang seorang perempuan yang sangat seksi menegur rayyan.
"ehh youu". tegur wanita seksi tersebut. Rayyan hanya sekadar tersenyum.
"hye". balas rayyan ringkas. sempat dia menjeling melia yang hanya mendiam kan diri.
"you buat apa kat sini? wow siapa perempuan nie?". tanya wanita tersebut sambil memegang tangan rayyan. melia yang melihat wanita tersebut memegang tangan rayyan membesarkan matanya. biar betul minah nie? woi laki aku tu!!
"ouh i singgah makan. nie? er nie Kawan i". kata rayyan. Melia mengetap bibir. Kawan? what? cis tak guna!
"ouh patutlah. i fikir mangsa baru you. haha okay lah i got to go now. oh btw malam nie see you tempat biasa ok". kata wanita tersebut sambil mengenyitkan matanya lalu mencium pipi kanan Rayyan. Melia membesarkan matanya. nie dah melebih dah nie!! melia tak kan kau nak diam je kut??
"hoi". sergah melia mengejut. wanita yang mencium pipi rayyan memandang sinis ke arah melia.
"yes?". balas wanita tersebut sambil tersenyum sinis. melia mengetap bibir.
"suka hati kau je kan nak cium pipi orang?". marah melia. Rayyan yang melihat perubahan muka melia yang menjadi merah hanya mendiamkan diri.
"so what? u kesah apa? lagipun rayyan tak kesah pun. u pulak yang melebih". marah wanita tersebut semula.
"perempuan murahan!". jerit melia. sakit sungguh hatinya. wanita yang tadi nya berriak selamba mula memandang tajam ke arah melia.
"perempuan murahan? hey betina! jaga mulut kau sebelum aku simbah kau guna air nie!". jerit wanita tersebut. melia menjuling kan matanya tanda dia tidak takut. laju sahaja tangan wanita tersebut mengambil air milik rayyan dan terus dituang ke atas kepala melia. Belum sempat melia membalas dendam wanita tersebut bersuara.
"air tu memang sesuai dekat tudung selekeh kau nie. memang patut pun. dasar orang kampung boo!". kata wanita tersebut dan terus sahaja berlalu. melia mengetap bibir. Melia melihat rayyan yang berlalu ke kaunter dan terus sahaja berlalu keluar. melia berlari mengejar rayyan tetapi sampai sahaja ditempat parking kereta milik rayyan sudah tiada
Share this novel