"Ha nie barang kau". tegur cyikin lalu memberikan Barang yang dibelinya untuk melia. melia tersengih.
"thanks". kata melia sambil tersenyum.
"ye, jangan lupa pulak kau pakai esok. kau tak pakai siap kau". ugut Cykin.Melia tersenyum, dah orang belikan mesti lah hargai. confirm pakai punya.
"ye kau jangan risau lah". balas melia.
"and get ready, sebab aku kenal sangat dekat rayyan tu. trust me dia akan Cari kau. And bila dia dapat tahu kau kerja kat mana lagi lah senang kerja dia nak balas dendam. and you know what? Rayyan orang yang berdendam, just carefull ok". kata cyikin. Zilah terkedu. mati nak! takkan lah si rayyan tu akan cari aku???
"wehh serious lah??". tanya melia. cyikin hanya sekadar mengangguk dan terus berlalu.
"mati lah aku lepas ni. macam mana aku nak lari daripada mamat tu? sebab aku kerja kat syarikat bapak dia. dah sah sah lah mamat tu tahu. eh tapi mamat tu kerja situ ke? eh tah lah. baik aku tukar baju daripada semakkan pikiran pasal mamat tu". desis hati melia dan terus sahaja berlalu ke atas
*******
Tok! Tok! Tok! Ketuk seseorang. melia mengeliat, haish kacau orang tidur betul lah.
"melia! bukak pintu nie. dah pukul berapa dah nie". jerit cyikin. perlahan lahan melia membuka mata nya dan bangun untuk membuka pintu buat Cyikin
"hm nak apa?". tanya melia mamai. mengantok woi!
"Ya-Allah budak nie! bangun lah woi! dah jam berapa dah nie. kang first day datang kerja dah lambat". jerit cyikin lalu menolak Badan melia masuk ke dalam tandas. mahu tak mahu akhirnya Melia mandi. Selesai mandi melia mengambil pakaiannya lalu memakai nya.
"wah lawa nya kau hari nie". tegur Cyikin. melia tersenyum mendengar kata kata Cyikin.
"aku memang lawa ok". balas Melia. Cyikin mencebik bibir. baru puji sikit dan kembang setaman.
"Ha dah dah. aku dah siapkan sarapan kat bawah. nanti turun makan then kita gerak sama2". kata cyikin dan berlalu keluar. melia melihat tubuhnya di cermin. hm ok dah lah nie. Melia hanya berpakaian simple tetapi menarik mata memandang. Baju hitam paras lutut dan kain labuh hitam dan dipadan kan dengan tudung berwarna merah. aum garang gitu.
******
"welcome Nurul melia natasya". kata cyikin teruja. melia tersenyum memandang kawannya. aku punya lah nervous. dia boleh pulak gelak2 siap say welcome bagai.
"yeye terima kasih. mana aku nak kena pergi nie weh?". tanya melia.
"pergi bilik boss lah. kau doa doakan jugak harap2 si rayyan tu takde. sebab biasanya kalau dia cuti dia selalu lepak kat pejabat bapak dia nie". kata cyikin tenang. aik kenal sangat nampak si cyikin nie.
"oh. aku doakan dia takde". kata melia dan terus sahaja ketawa. Cyikin membawa melia ke bilik pengarah syarikat benjamin holding. Alangkah terkejutnya dia kerana mamat singa ada di dalam!!
Share this novel