Sudah masuk 2 bulan Melia berkerja di syarikat Benjamin Holding. Rayyan juga sering menganggu nya. Memang takde kerja mamat tu. Hari ini Cyikin akan ke Melaka. ada kerja di sana. jadi tinggal lah melia seorang diri di rumah.
Tok! Tok! Tok! ketuk seseorang. Melia panik. Siapa pulak yang datang ks rumah malam malam buta nie?? tak kan cyikin kut? cyikin baru je pergi melaka. Perlahan lahan melia berjalan ke arah pintu rumah. Terkejut melia apabila yang mengetuk pintu itu ialah Rayyan. apa yang rayyan nak?? hari dah lah malam.
"a..awak nak apa??". tanya melia gagap. takut juga dia kalau rayyan akan apa apa kan nya.
"tak nak bagi aku masuk ke? panas kat luar nie". kata rayyan dan terus sahaja masuk ke dalam rumah. melia terkejut. nasib baik dia dah memang pakai tudung. tapi kalau jiran nampak rayyan masuk ke dalam rumah nie macam mana?
"awak, saya rasa tak manis lah awak masuk dalam rumah nie. saya nie anak dara, dan kat rumah nie tiada siapa melainkan saya. saya takut nanti ade jiran yang mengadu dekat pak imam". kata melia jujur. Rayyan ketawa mendengar kata kata melia. Penakut! pak imam nak buat apa malam2 buta nie.
"kau tak payah nak takut sangat lah. macam aku tak tahu! kau tu mesti pernah jual body kau dengan jantan en? buat apa nak takut, macam tak biasa pulak. pakai tudung aje lebih, lagipun pak imam dah tidur dah. malam jumaat lah malam nie". kata rayyan nakal. melia mengetap bibir. malu sungguh dia dengar kata kata rayyan.
"awak nie kan mulut tiada insurans. baik awak keluar!". jerit melia lantang. Rayyan melihat melia dengan pandangan pelik
"hoi kau tak payah jerit lah! dah malam buta nie tahu tak? kacau orang nak ehem ehem je". kata rayyan sambil ketawa sinis. melia berjalan ke arah pintu untuk menghalau Rayyan keluar daripada rumah itu. Alangkah terkejut nya dia apabila mendapati beberapa orang masjid berada di luar pintu. Dia mulai takut apabila rayyan tiba2 sahaja bersuara.
"alia melia, kau nak halau aku ke? marilah layan aku, macam tak biasa je kau en". kata rayyan hanya sekadar untuk bergurau. Rayyan berjalan ke arah pintu. dia tergamam apabila melihat melia yang berdiri kaku. dia sendiri tidak menyangka ada beberapa orang masjid di luar.
"kamu berdua buat apa malam malam buta nie?". tanya salah seorang.melia mengetap bibir. kalau dia berkeras tidak membenarkan Rayyan masuk pasti perkara ini tidak terjadi.
"ki...kitaorang, ta..takde buat apa". jawab melia gagap. takut benar dia tika ini.
"halah, takde buat apa konon. dah sah sah berdua! mesti ade punya lah sesuatu yang berlaku. pak imam kawin kan saja mereka berdua ini. nasib baik lah saya nampak tadi ada seorang lelaki masuk ke dalam rumah ini". kata seorang lelaki. rayyan tergamam. tidak menyangka ada orang yang melihat dia masuk ke dalam rumah ini.
"apa kata kalau kita selesai kan masalah ini dengan cara baik. anak berdua ikut saya. dan jangan lupa telefon ibu bapa kamu berdua untuk ke sana". kata pak imam. melia menitiskan air matanya. tidak sanggup dia hendak menelefon ibu nya. tetapi dia tahu dia wajib menelefon ibunya.
Share this novel